Latest News

Zed Zaidi Patut Baca Isi Kontrak MIG Sebelum Berikan Kenyataan – David Teo

Melalui satu sidang media, pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendakwa bernikah dua kali dan merahsiakan pernikahan kerana kontrak yang ditandatangani di bawah MIG Pictures yang tidak membenarkan mereka berkahwin. Presiden Seniman, Zed Zaidi menyifatkan kontrak tersebut sebagai mengarut. Namun Sinar Harian mendedahkan yang kontrak tersebut langsung tidak mempunyai klausa yang menegah artis MIG untuk berkahwin.

David Teoh telah tampil untuk membela dirinya dan mendedahkan kontrak tersebut untuk penilaian umum:-
KENAPA saya terus dipersalahkan dan dijadikan mangsa dalam kes pernikahan Wawa dan Aeril?,
Di sini, saya menunjukkan isi kandungan kontrak yang disediakan untuk ditandatangani. Tidak ada sebarang undang yang dibuat bagi menghalang mereka daripada bercinta.
Namun, sebelum menandatangani kontrak, mereka perlu membuat pengesahan mengenai status adakah sudah mempunyai pasangan, bertunang ataupun berkahwin.
Jika mereka bukan lagi ‘single’, kami akan menyediakan satu borang untuk diisi bagi mengesahkan status itu. Itu sahaja,” katanya ketika ditemui di pejabat MIG, Petaling Jaya.
Dalam sebuah akhbar, Zed membidas isi kandungan kontrak MIG yang didakwanya melanggar hak asasi manusia dalam membina perhubungan. Ia dianggap sebagai kenyataan memihak kepada Wawa Zainal dan pasangannya, Aeril Zafrel, yang sebelum ini pernah mendakwa hubungan mereka dihalang David sehingga terpaksa menyembunyikan pernikahan mereka.
Dalam sidang media sebelum ini, Wawa dikatakan beria-ia mendakwa kontrak yang ditandatangani bersama MIG itu mengandungi perjanjian bahawa dia tidak dibenarkan bercinta dan berkahwin sepanjang berada di bawah syarikat tersebut.
Kami ada sembilan garis panduan berhubung kontrak itu termasuk mengelak daripada gejala maksiat, artis ditangkap khalwat dan anak luar nikah, menimbulkan kecemburuan di lokasi dan kontroversi serta syak wasangka.
Selain itu, ia juga bertujuan mengelak daripada difitnah, diambil kesempatan oleh pihak lain, kehancuran rumah tangga, mengekalkan ikon kepada masyarakat dan mempertahankan maruah artis, keluarga serta syarikat.
Sepanjang 13 tahun berada dalam industri, saya begitu faham dengan keadaan industri yang penuh dengan godaan dan cabaran. Jadi, jika artis itu faham, ianya tidak menjadi masalah besar.
Lihat sahajalah Maya Karin, Farid Kamil, Nora Danish, Diana Amir dan Lisa Surihani. Saya tidak pernah melarang mereka untuk bercinta mahupun berkahwin. Malah, setiap kali jumpa Intan Ladyana ataupun Kamal Adli, soalan pertama saya ialah bila nak kahwin,” katanya yang menganggap kesemua artis residen MIG sebagai anaknya sendiri.
David menjelaskan kontrak yang disediakan kepada artis MIG hanyalah untuk mengelakkan daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
David turut menyifatkan kenyataan Zed terlalu terburu-buru sedangkan sebagai ketua untuk golongan artis, Zed Zaidi perlu lebih bijak dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.
Kata-kata Zed sangat tidak waras! Sepatunya, sebelum membuat kenyataan, Zed seharusnya menghubungi saya dan mendapatkan penjelasan daripada saya terlebih dahulu.
Dalam pada itu, dia perlu membaca kesemua isi kandungan dalam kontrak.
David juga memberitahu dia sedia bersemuka dengan Zed untuk membincangkan perkara tersebut.
Sementara itu seorang staf MIG yang bernama Azahari Hamid menyelar tindakan Zed membuat kenyataan tentang kontrak MIG tanpa membacanya terlebih dahulu.
 photo Untitled.png
Nampaknya ada salah pemahaman dari segi kandungan kontrak oleh pihak Wawa kerana memang tiada larangan berkahwin seperti yang didakwa. Jika anda mempunyai pendapat, sila hantarkan ke ruangan komen.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.