Latest News

David Teo Bakal Filemkan Misteri Villa Nabila

Nama Villa Nabila memang popular sehari dua kebelakangan ini. Khabar angin kononnya 30 orang masuk ke dalam Villa Nabila tetapi hanya 7 yang berjaya keluar ternyata menaikkan lagi keseraman. Malah villa yang terletak di Johor Bahru ini turut disenaraikan sebagai salah sebuah tempat paling berhantu di dalam Expedia pasti membuatkan bulu roma naik jika anda singgah ke situ.
villa nabilaSusulan popularati yang dijana baru-baru ini, David Teo, boss besar Metrowealth berkata bahawa pihaknya bercadang untuk memfilemkan mengenai villa misteri ini. Kejayaan filem Highland Tower yang mengutip lebih daripada RM3 juta meyakinkan lagi David Teo untuk mengulangi kejayaan yang serupa menerusi filem Villa Nabila. Kata David Teo:-
Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam Highland Tower, kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai ingin tahu cerita sebenar.
Namun projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan kerana ada beberapa lokasi lain yang sesuai dijadikan sandaran filem dokumentasi ala Highland Tower. Kita tengok dulu kesesuaian dan dan persetujuan individu yang bakal dipertanggungjawabkan sebagai pengarah projek ini.
david teo
Bagi Abang Nara, David Teo memang bijak orangnya. Inilah cara orang berniaga berfikir. Mana yang boleh datangkan keuntungan, perlu digunakan secepat mungkin. Lagipun mana tahu melalui filem Villa Nabila kelak, segala misteri mengenai tempat itu akan terbongkar. Diharap para pelakon dan pengarah jangan lupa baca ayat pendinding. Takut-takut nanti masuk Villa Nabila tak jumpa jalan keluar pulak. Hehehe. Info asal Berita Harian.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.