Latest News

Demi Johan As’ari, Lana Nordin Sedia Bertudung

Inilah kuasa cinta. Cinta memang dapat mengubah manusia. Daripada jahat kepada baik, daripada baik kepada jahat. Daripada pakai baju ketat kepada menutup aurat. Indah sungguh kuasa cinta. Terharu Abang Nara mendengar yang Lana Nordin akan mengubah imej seksinya kepada memakai tudung kerana kasih sayang dan perasaan cintanya terhadap Johan As’ari.
lana nordin bertudung
Menurut sumber Utusan Malaysia, Lana Nordin telah menyatakan hasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan. Kata sumber itu:-
Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan.
Katanya kepada saya, kalau boleh, biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!
lana nordin bertudung
Nampaknya Johan As’ari benar-benar menjadi pembimbing dan dan bakal merubah gaya hidup Lana Nordin. Itulah yang kita mahukan. Semoga lebih banyak perubahan ke arah kebaikan akan dilakukan oleh Lana Nordin di masa hadapan. Kepada Johan, tahniah kerana berjaya memimpin bakal isteri anda. Anda memang kacak!!!
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.