Latest News

Episod Akhir Drama Love You Mr. Arrogant Catat Angka 4.6 Juta Penonton

Drama Love You Mr. Arrogant yang telah tamat ditayangkan di TV3 memang popular sangat-sangat. Setiap petang wall Facebook dan Twitter Abang Nara dipenuhi dengan komen-komen daripada mereka yang menonton drama ini. Abang Nara tak berkesempatan untuk mengikuti drama yang diadaptasikan daripada novel ini kerana kekangan masa. Namun daripada apa yang dibaca, memang hebat penangan Love You Mr. Arrogant ini.
love you mr arrogant
Episod akhir drama yang ditayangkan pada 7 November lalu telah mencatatkan jumlah penonton sebanyak 4.6 juta. Hebat sangat tue. Malah drama ini juga telah mempopularkan pelakon baru seperti Azlee Khairi, Zara Zya dan Keith Foo. Namun Abang Nara juga sedih apabila ada isteri-isteri/awek-awek/gadis-gadis yang membandingkan watak hero drama ini dengan suami/pakwe/lelaki mereka. Satu perkara yang tak wajar pada pandangan Abang Nara.
love you mr arrogant
Namun begitu drama Love You Mr Arrogant ini menunjukkan bahawa drama yang baik pasti akan mendapat sambutan. Lebih-lebih jika ia diadaptasi daripada novel yang sudah pun mempunyai pengikut tersendiri. Diharap pada masa akan datang, akan lebih banyak novel akan diadaptasi ke kaca TV. Sama-samalah kita nantikan. Apa pendapat anda mengenai drama Love You Mr. Arrogant ini?______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.