Latest News

Fizz Fairuz Masih Belum Masuk Merisik Almy Nadia?

Kalau anda masih ingat, sebelum ini Abang Nara ada kongsikan artikel mengenai Fizz Fairuz yang kononnya akan masuk merisik Almy Nadia. Dikatakan Fizz akan masuk merisik “minggu hadapan” (ketika artikel itu ditulis), namun menerusi Kosmo semalam, dimaklumkan bahawa tiada perkembangan langsung mengenai janji manis yang ditaburkan oleh Fizz itu.
fizz fairuz almy nadia
Adakah janji hanya tinggal janji? Adakah Almy Nadia kecewa sekali lagi? Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila Almy Nadia berkongsi status Twitter yang penuh emosi. Tidak tahu sama ada ia ditujukan kepada Fizz atau ada permasalahan lain yang menghantui Almy.
almy nadia
Sukar untuk meneka apakah sebenarnya yang sedang terjadi antara Fizz Fairuz dan Almy Nadia ini. Menurut perancangan yang digembar-gemburkan, mereka berdua akah berkahwin tahun hadapan. Adakah perancangan hanya tinggal perancangan tanpa sebarang perlaksanaan? Atau sememangnya majlis merisik sudah berlangsung cuma Almy dan Fizz tidak mahu berkongsi berita tersebut? Hanya mereka yang ada jawapannya. Sama-samalah kita nantikan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.