Latest News

Joe Flizzow Tak Heran Di Ban Radio RTM

Foto : Ridzuan / Suhaizul
Kerap mengunakan bahasa Melayu Rojak yang sering diadunkan melalui lirik lagu ciptanya menimbulkan rasa kurang senang buat segelintir pencinta Bahasa kepada situasi ini. Sasterawan Negara A Samad Said kami ‘yakin’ amat bimbang dengan apa yang berlaku sekarang.

Shout! Awards 2013
Rasional kebimbangan buat pencinta bahasa ini adalah hal sebegini bagi mereka mampu mempengaruhi anak muda ‘moden’ untuk tidak lagi mengamalkan bahasa Melayu yang asli dan dikhuatiri lama kelamaan bahasa indah ini akan lenyap kemelayuanya.
Lagu terbaru Joe Flizzow, Havoc khabarnya telah diban oleh rangkaian radio milik Kerajaan iaitu radio RTM apabila didakwa Havoc tidak menepati keaslian bahasa Melayu yang sebenar apabila kurang 60% bahasa yang digunakan adalah bahasa rojak.
Mengulas hal ini Joe bagaimanapun tidak begitu ambil peduli dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak Radio terbabit.
Jelasnya “Saya sebenarnya tidak kisah pun diban oleh RTM sebab perkara sebegini sering terjadi kepada kami. Lagipun ianya tidak memberi sebarang impak. Cuma saya rasa sedih apabila di Malaysia ini banyak sangat peraturan yang boleh menyekat kreativiti seseorang artis. Tapi kalau boleh saya mahu pergi kesemua stesen radio untuk promosikan lagu sendiri kerana saya tahu itu yang terbaik”

Shout! Awards 2013
“Ada juga alasan yang diberikan oleh pihak – pihak tertentu kenapa lagu hip hop tidak boleh diputarkan diradio tidak masuk akal, sedangkan kalau kita lihat ramai artis – artis hip hop tempatan berjaya di luar. Cuma di Malaysia sahaja disekat atas alasan Bahasa tidak sesuai.”
“Sebab itu jugalah kenapa saya sudah hampir 4 tahun tidak menghantar pencalonan lagu ke Anugerah Industri Muzik kerana ada beberapa peraturan yang bagi saya tidak adil kepada kami khususnya artis Hip Hop.” Tambah Joe Flizzow yang memenangi anugerah ‘Ultimate Shout Award’ di Shout Award 2013.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.