Latest News

Niat Baik Fizo Omar Disalah Erti

Niat Baik Fizo Omar Disalah Erti
Dikala peminat bola sepak sedang asyik memperkatakan perlawanan akhir piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang semalam, tiba-tiba muncul cerita yang kurang enak didengar apabila pelakon yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Fizo Omar dikritik gara-gara berkongsi sekeping foto yang dimuat naik menerusi laman sosialnya malam Jumaat lepas.
Menerusi foto tersebut, dilihat terdapat beberapa orang peminat tudung Fareeda sedang berkampung di hadapan butik jenama tudung terkenal itu, semata-mata untuk mendapatkan nombor giliran, sempena perasmian tudung eksklusif pertunangan Fizo dan Mawar, Sabtu lepas.
Niat Baik Fizo Omar Disalah Erti
Foto yang dikongsikan oleh Fizo
Susulan perkongsian foto itu, terdapat pelbagai tanggapan negatif telah diberikan oleh pengikut laman sosial Fizo.
Buat Duit TERBARU Paling SENANG & SEMPOI! Daftar PERCUMA Disini!
Meneliti setiap respon yang diberikan, terdapat segelintir antara mereka mengatakan tindakan yang dilakukan oleh peminat tudung Fareeda itu hanya satu perbuatan sia-sia dan tidak masuk akal.
Dalam pada itu, ada juga antara mereka mendakwa kononnya Fizo dan Mawar sengaja mengambil kesempatan atas populariti mereka berdua.
Niat Baik Fizo Omar Disalah Erti
Fizo & Mawar sekitar pelancaran tudung eksklusif Fareeda di Bangi
Setelah mendapati ramai yang telah salah anggap mengenai foto tersebut, Fizo telah memuat naik satu lagi status di laman sosialnya, bagi menjelaskan situasi sebenar.
Menurut Fizo, tujuan utama dia berkongsi foto tersebut hanyalah untuk berkongsi kemeriahan yang disambut baik oleh peminat jenama tudung terkenal itu dan bukannya untuk mencetuskan sebarang kontroversi mengenai hubungannya dengan anak pemilik butik tersebut.
Niat Baik Fizo Omar Disalah Erti
Bagaimanapun, status yang dimuat naik menerusi laman sosial Fizo ini telah pun dipadam semalam.
Untuk makluman, Fizo dan Mawar bakal melangsungkan pertunangan serta pernikahan mereka pada 9 & 10 November ini di kediaman pengantin perempuan di Country Heights, Kajang.
-Ohbulan.com
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________
sumber

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.