Latest News

Noh Hujan Terharu Dengan Perubahan Mizz Nina

Hati suami mana yang tidak terharu, gembira, bersyukur dan bangga apabila melihat si isteri berubah ke arah kebaikan. Pastinya Noh Hujan ialah orang yang paling gembira apabila Mizz Nina mengambil keputusan untuk bertudung baru-baru ini. Selaku ketua keluarga, keputusan Mizz Nina itu sedikit sebanyak menunjukkan Noh membimbing isterinya dengan cara yang betul.
mizz nina dan noh salleh
Apa yang lebih menarik ialah, Noh tidak pernah memaksa isterinya untuk berubah secara terus. Senang cerita, kesedaran itu datang daripada diri Mizz Nina sendiri. Kata Noh:-
Dia tidak pernah beritahu saya tentang dia ingin berhijrah atau bertudung. Itu antara dia dengan Allah dan semua yang dilakukan adalah atas kehendak dirinya sendiri.
Pilihan ini atas kemahuan dia sendiri bukan dipaksa atau terpaksa. Saya bersyukur dan gembira dengan perubahan itu.
Dia tahu apa yang dia lakukan dan sebagai suami sudha tentu saya menyokong apa yang dia buat jika perkara tersebut ke arah kebaikan kami berdua.
Baru-baru ini dia ada mendaftarkan kami untuk kelas mengaji Al-Quran dan ada ketikanya dia meminta saya membaca Al-Quran selepas solat. Perkara-perkara yang dia lakukan itu membuatkan saya terharu
mizz nina tudung
Abang Nara pun rasa terharu membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Noh. Semoga mereka berdua akan bertambah bahagia selepas perubahan ini. Sama-samalah kita doakan agar mereka cepat-cepat dikurniakan cahaya mata untuk menambahkan lagi ikatan kemesraan yang sedang terjalin sekarang. Amin~~
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.