Latest News

Rozita Che Wan & Zain Saidin Nikah 11.12.2013

Akhirnya teka-teki mengenai tarikh pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah pun terjawab petang tadi. Menerusi sidang media, bakal pengantin baru ini mengumumkan tarikh pernikahan mereka ialah 11 Disember 2013 iaitu pada hari Rabu. Memang 11.12.13 adalah satu tarikh yang cantik dan menjadi pilihan ramai pengantin.
tarikh nikah che ta
Majlis akad nikah tersebut akan diadakan di Gazebo Setia City Convention Center selepas solat Maghrib sekitar jam 7.30 malam. Sehari sebelum, majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai, Shah Alam sekitar jam 8 malam. majlis persandingan pula akan diadakan pada 13 Disember di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, pada pukul 8 malam.
tarikh nikah che ta
Rozita Che Wan, 40, akan turut menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin bernilai RM9,300 daripada Zain Saidin. Turut disertakan ialah sebentuk cincin yang berharga RM93,300. Habib Jewels turut sama akan menaja barang kemas bernilai RM10 juta untuk ketiga-tiga majlis ini.
tarikh nikah che ta
Nampak gayanya jumlah keseluruhan perkahwinan pasangan ini melangkaui angka RM10 juta termasuk tajaan. Memang layak diberi gelaran “wedding of the year”. Pastinya banyak pihak terutamanya peminat sudah tidak sabar lagi menanti tarikh 11.12.13. Anda boleh menyaksikan kesemua majlis menerusi Astro Ria yang bertindak sebagai penyiar rasmi. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar segalanya berjalan lancar buat Zain da Che Ta.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.