Latest News

Saya Ke London Guna Duit Sendiri – Nora Danish

Wow. Terkejut Abang Nara apabila dapat tahu tiket penerbangan Nora Danish ke London mencecah RM25,000. Confirm Nora naik business class. Mesti ramai yang beranggapan teman tapi mesra Nora iaitu Nedim yang menaja tiket penerbangan tersebut. Namun jangan salah sangka, Nora Danish menggunakan duitnya sendiri untuk terbang ke sana.
nora london
Menariknya salinan harga tiket Nora Danish ke London telah diterima oleh Kosmo daripada seseorang. Mesti ada orang dalam yang teruja nak berkongsi informasi tersebut walaupun salah dari segi tatacara kerja. Kata Nora Danish:-
Saya kira pengirim itu sungguh tidak amanah dalam pekerjaan dia. Apa masalahnya dengan jumlah tersebut? Saya bayar pakai duit saya sendiri, bukannya Nedim. Saya bekerja keras dan punya wang sendiri. Saya mampu untuk membayar perbelanjaan tersebut tanpa tanggungan sesiapa.
nora london
Abang Nara pun perasan yang Nora Danish memang bekerja keras. Berlakon filem pun banyak. Siap ada jual barang kecantikan lagi. Jadi setakat RM25,000 itu, mungkin celah gigi Nora je. Nora juga sempat bercerita mengenai “haters”nya yang nampak semakin bertambah sejak berkawan dengan Nedim.
Saya salahkan sosial media yang semakin meluas sebab dulu orang hanya mengutuk dalam blog-blog sahaja, tetapi kini secara depan-depan di dalam akaun milik kita pun mereka lakukan (ketawa). Haters (pembenci) suka cakap perkara yang mereka rasa tahu, tapi sebenarnya tak tahu apa.
Saya juga sudah kaji tentang pembenci saya, yang kebanyakannya terdiri daripada budak-budak, jadi saya abaikan sahaja mereka. Nedim juga tak kisah dengan keadaan ini, dia cool. Cuma dia risau saya dihentam teruk kerana dia memang seorang yang proaktif terhadap saya.
nora danish
Biasalah orang cantik memang ramai yang cemburu. Sudahlah cantik, single pulak tue. Mungkin yang cemburu itu kecewa kerana cinta mereka ditolak oleh Nora Danish. Bagi Abang Nara, pedulikanlah kata-kata orang sekeliling. Yang penting kita gembira dengan hidup kita dan tak kacau orang lain. Tak gitu?______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.