Latest News

Teguran Saya Tiada Kaitan Dengan Bola Sepak – Siti Nurhaliza

Ramai rupanya yang mempertikaikan teguran Datuk Siti Nurhaliza terhadap Khairy Jamaluddin di dalam artikel sebelum ini. Antara pendapat yang popular ialah Datuk Siti harus menumpukan perhatian dalam bidang hiburan dan tidak melibatkan diri dalam bidang bola sepak. Ada yang lebih ekstrem membuat sindiran “baru pergi stadium sekali dah pandai cakap pasal bola” kepada Datuk Siti.
siti nurhaliza khairy jamaluddin
Namun hari ini menerusi Harian Metro, Datuk Siti Nurhaliza membuat penjelasan bahawa tegurannya terhadap Khairy adalah penggunaan bahasa yang dianggapnya tidak sesuai dan tiada kaitan langsung dengan bola sepak. Kata Siti:-
Siti cuma tidak berapa suka dengan pendekatan Khairy kerana beliau menteri muda dan sentiasa dipandang tinggi. Perkataan “budak suruhan” daripada seseorang yang muda sepertinya kepada yang agak tua seperti Datuk Jamal memang kurang manis.
Ada lagi bahasa yang elok patut digunakan. Siti sekadar menegur, tidak mahu ia menjadi ikutan pula selepas ini. Siti tegur dengan ikhlas, kalau tidak mahu terima, terpulang. Siti hanya rakyat biasa.
siti
Jadi dengan penjelasan ini, diharap semua orang jelas dengan teguran yang disampaikan oleh Siti. Mungkin ada benar kata-kata Siti namun kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi di belakang tabir FAM sehingga Khairy sanggup menggunakan perkataan tersebut. Harap-harap janganlah Khairy dan Siti bermusuhan kerana ini. Apa kata anda?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.