Latest News

Zizan Jalin Hubungan Dengan Peserta AF?

Kemuncak pentas akhir akademi fantasi 2013 yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi pasti memberi satu debaran buat pengacara program realiti ini iaitu Zizan Razak.

Zizan & Noni
Pertama kali mengacarakan program ini nyata menghadirkan suka duka bahkan turut dihina apabila kredibilitinya sebagai seorang pengacara AF dipertikai banyak pihak.
Bagaimanapun Zizan yang kami temui di majlis pelancaran OH MY GANU! baru baru ini mengambil komen hal sebegitu sebagai sesuatu yang positif.
“Biasalah dalam hidup ni tidak semua orang suka kita. Kalau orang tu dah benci, kita bagai duit pun dia tak suka. Dari apa yang saya tengok komen-komen di media sosial ada yang positif ada negatif dan tidak kurang juga yang menghina.”
“Saya terima jela benda – benda macam ni. Kalau komen itu ikhlas dan membantu saya membaiki apa yang kurang saya akan ambil ia sebagai satu nasihat.”

Zizan & Noni
Menyentuh mengenai hal hubungan mesranya yang didakwa bersama bekas rancangan AF iaitu Noni Zizan agak terkejut dengan persoalan itu. Bagaimanapun seperti kebiasaan menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa denganya.
“Noni? Saya hanya anggap Noni kawan biasa saja dan tidak lebih dari itu. Memang saya ada berhubung dengan dia dan sehingga sekarang pun saya masih berhubung dengan dia” Jelas Zizan ringkas
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.