Latest News

8 Tahun Bercinta, Ekin Dan Yazer Akhirnya Putus

Kalau dah namanya tiada jodoh, bercinta 8 tahun pun akhirnya akan putus jua. Memanglah kesian mendengarnya, namun itulah kenyataan yang terpaksa dihadapi oleh Yazer dan Ekin. Hubungan percintaan yang termeterai sekian lama akhirnya lebur jua. Kini Ekin dan Yazer sudah pun kembali solo. Tiada lagi kasih sayang antara mereka berdua.
ekin
Berkata kepada Kosmo, Ekin mengesahkan yang hubungan mereka telah tamat awal Disember ini. Kata Ekin:-
Saya bercinta dengan dia selepas keluar Akademi Fantasia pada tahun 2005 lagi. Selama lapan tahun kami bercinta pernah juga putus tetapi sambung kembali. Tetapi kali ini hubungan kami benar-benar sudah putus.
Kami putus awal Disember lalu. Puncanya biarlah kami sahaja yang tahu. Tetapi kami putus secara baik. Memang sedih sebab kami sudah bercinta selama lapan tahun. Tetapi hendak buat macam mana, jodoh kami sampai setakat ini sahaja.
ekin
Abang Nara dulu memang minat dengan si Ekin ini ketika Akademi Fantasia. Orangnya memang kecil comel. Pasti selepas ini akan ada yang cuba memikat. Kalau hati sudah berkenan ketika itu, janganlah bercinta lama-lama. Nikah sahaja terus. Takut perkara yang terjadi dengan Yazer akan berulang pula.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.