Latest News

(9 GAMBAR)Majlis Perkahwinan Wan Maimunah & Makpol Saimon

Maafkan Abang Nara kerana gagal berkongsi berita gembira mengenai perkahwinan pelakon Wan Maimunah. Abang Nara terlepas pandang kerana ada 2 perkahwinan lain berjalan di masa yang lebih kurang sama iaitu Rozita Che Wan dan Jovian. Jadi di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Wan Maimunah, 60 tahun dan suaminya, Makpol Saimon yang merupakan seorang ahli perniagaan.
gambar perkahwinan wan maimunah
Majlis pernikahan mereka telah berlangsung pada 14 Disember selepas Maghrib di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru. Menariknya mas kahwin yang diterima oleh Wan Maimunah ialah bimbingan ke jalan yang diredhai All ah. Selain itu Wan Maimunah juga menerima sebentuk cincin dan seutas gelang bagi upacara membatalkan air sembahyang. Kata Wan Maimunah:-
Ibu bersyukur kerana di usia begini masih ada yang sudi menjadi teman hidup untuk ibu menumpang kasih. Ibu juga tidak mengharapkan wang ringgit dan harta harta dunia kerana ia tidak akan kekal.
Diberi wang berpuluh ribu sekalipun ia akan pupus, tetapi tunjuk ajar ke jalan ALLAH itu akan kekal hingga ke akhir hayat. Ibu juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan ibu bersama suami
gambar perkahwinan wan maimunah
Semoga perkahwinan Wan Maimunah berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dilimpahi rahmat serta kebahagiaan. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

gambar perkahwinan wan maimunahgambar perkahwinan wan maimunahgambar perkahwinan wan maimunahgambar perkahwinan wan maimunahgambar perkahwinan wan maimunahgambar perkahwinan wan maimunahgambar perkahwinan wan maimunah
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.