Latest News

Hubungan Dengan Kedua-dua Isteri Baik-Baik Sahaja – Ashraf Muslim

Semasa AIM20 Sabtu lalu, Nabil sempat mengusik Ashraf Muslim yang hadir sebagai pemberi anugerah. Kalau orang lain mahu cuak dan terkelu lidah nak menjawab apabila diusik mengenai isteri-isteri, namun Ashraf Muslim dengan rileks dan sempoi berkata “Dua-dua memang terbaik“. Memang penuh ketenangan sungguh. Respek Abang Nara kepada Ashraf Muslim!!!
ashraf muslim
Kini kehamilan isteri kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah sudah pun masuk bulan kelima. Pastinya Ashraf semakin teruja untuk bergelar ayah tahun hadapan. Kata Ashraf:-
Alhamdulillah, Sakinah sudah hampir lima bulan mengandung dan keadaan dia sekarang sihat, dia tidak banyak mengalami alahan atau mengidam yang bukan-bukan. Setakat ini kami belum tahu lagi jantina bayi tersebut namun saya tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan.
ashraf dan dayana
Malah hubungan Ashraf dengan kedua-dua isterinya juga semakin hari semakin baik. Terharu Abang Nara mengetahui yang Ashraf akan cuba bersembahyang bersama-sama kedua-dua isterinya apabila ada kelapangan. Memang pemimpin sejati. Yang penting, Ashraf membahagiakan masa dengan adil antara untuk isteri-isterinya agar tiada yang berkecil hati. Kata Ashraf:-
Semuanya baik-baik sahaja, buat masa ini kami masing-masing sibuk dengan kerja dan jarang dapat jumpa bertiga. Namun kalau ada kelapangan biasanya saya akan bawa mereka berdua keluar bersama-sama dan sembahyang berjemaah
Nampak gayanya kehidupan Ashraf Muslim semakin hari semakin tenang, bahagia dan sempurna di samping isteri-isterinya. Semoga ia akan terus berkekalan dan diserikan dengan cahaya mata yang ramai di masa hadapan. Memang terbaik sekiranya suatu hari nanti kalau dapat lihat gambar mereka bertiga bersama. Semoga ia akan menjadi kenyataan kelak.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.