Latest News

Johan As’ari & Lana Nordin Putus Cinta

Ah,sedihnya perkhabaran yang diterima lagi ini. Kisah cinta Johan As’ari dan Lana Nordin akhirnya tamat. Puncanya? Tiada restu daripada orang tua Johan. Percintaan mereka baru sahaha mencecah usia sebulan.
lana nordin dan johan putus cintaBagi Abang Nara,Johan sepatutnya harus lebih bersabar dan berusaha untuk memenangi hati kedua ibu bapanya. Nampak seperti mudah sangat putus asa. Ikuti kata-kata Johan di bawah:-
Saya mohon maaf pada Lana,mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat.
Lana seorang wanita yang baik, tetapi apabila menyentuh soal nikah dan kahwin,ia berupa perkara besar dalam hidup.
Lagipun untuk berumahtangga,restu dan doa ibu itu sangat penting, tetapi apabila perkara itu tidak berlaku saya terpaksa ambil tindakan.
Memang benar restu ibu sangat penting dalam sesebuah perkahwinan. Namun Johan menegaskan perpisahan ini adalah berpunca dari dirinya,bukan ibunya.
Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas,tetapi disebabkan pelbagai isu timbul,saya membuat keputusan ini.
Saya masih muda dan ini Kali pertama berhadapan pelbagai situasi dalam melayari hubungan cinta dengan Lana.
Saya akui segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan saya yang masih tidak matang dan tidak tahu bagaimana mahu berhadapan Dengan masalah.
lana dan johan
Abang Nara pasti Lana Nordin sangat kecewa dengan apa yang telah terjadi. Iyerlah sebelum ini Johan beria benar ingin menjadikan Lana sebagai isterinya. Nampak gaya memang tiada jodoh. Namun Abang Nara pasti ramai lagi lelaki di luar sana yang mengimpikan Lana Nordin menjadi kekasih/isteri mereka. Sabarlah Lana!!!
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.