Latest News

Linda Onn Akui Kahwini Kerabat Diraja 27 Disember Ini

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan kerabat diraja yang berjaya mencuri hati Linda Onn. Nampak gayanya kita kena tunggu 27 Disember ini untuk melihat wajah suami Linda Onn. Bagi Abang Nara, tak kisahlah kerabat diraja, VVIP atau orang biasa, yang penting masjid yang dibina mendapat restu kesemua pihak dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
linda onn kahwin
Apa pun Abang Nara respek Linda Onn kerana membuat pengakuan dan mengesahkan bakal berkahwin pada 27 Disember ini. Tak ada dolak-dalik atau cubaan untuk menyembunyikan perkara baik itu. Majlis pernikahan akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terapat sahaja. Kata Linda menerusi Mstar Online:-
Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini. Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah
linda onn
Majlis resepsi bakal diadakan di Kuala Lumpur namun tarikhnya masih dirahsiakan oleh Linda Onn. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum Linda Onn bergelar isteri. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar buat deejay ini. Tahniah Linda!!!
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.