Latest News

Nooraida Bersuara, Akui Tukar Gambar Sangat Peribadi Dengan Adi Putra

Akhirnya setelah mendiamkan diri selama ini, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra akhirnya bersuara. Panjang lebar penerangan yang dilakukan oleh Nooraida semalam menerusi Berita Harian. Menurut Nooraida, perkenalan mereka bermula di Instagram dan akhirnya melarat ke WhatsApp sehinggalah diketahui oleh suaminya.
nooraida
Sedikit sebanyak kecantikan yang ada pada Nooraida pastinya mencairkan hati mana-mana lelaki yang memandang. Tujuan kenyataan yang dibuat oleh wanita ini adalah untuk menepis dakwaan Adi Putra yang menyatakan tidak mengenali dirinya. Kata Nooraida:-
Saya terpaksa saya buat bagi membuktikan dakwaan suami saya sebelum ini sememangnya benar dan bukan saya sengaja nak reka. Jika Adi menafikan dia tak pernah kenal saya seperti dilaporkan, itu hak dia. Memang Adi tak pernaj mengenali saya secara bersemuka, tapi kami mengenali antara satu sama lain secara InstaMessage, Instagram dan WhatsApp. Malah kami pernah berhubung melalui telefon bersama suami ketika Adi baru kembali dari Mekah, beberapa hari sebelum Aidilfitri
adi putra
Apa yang mengecewakan bagi Abang Nara ialah apabila Nooraida mengakui teruja membaca pengakuan Adi Putra yang kononnya mahu mencari isteri lain sedangkan dirinya sendiri adalah isteri orang. Namun biasalah wanita memang mudah termakan kata-kata romantik dan jiwang. Mungkin itu puncannya sehingga sanggup bertukar gambar-gambar sangat peribadi:-
Dalam Instagram, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya. Saya anggap mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market. Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa teruja. Itulah sebab mengapa saya masih melayannya dan terus terjebak dalam perhubungan ini.
Dakwaan Adi menggoda saya adalah benar kerana pada awal perbualan, dia ada mengatakan mula menyukai saya dan meminta gambar. Pada mulanya saya beri gambar biasa saja tapi kemudian Adi meminta gambar lebih seksi. Saya tak berani, tapi dia pujuk sehingga saya mengalah selepas beliau menunjukkan gambar peribadinya
nooraida
Harus diingatkan kata-kata Nooraida ini tidak diketahui kebenarannya selagi belum dibawa ke mahkamah. Sama-samalah kita nantikan keputusan pemeriksaan yang sedang dilakukan oleh pihak polis. Untuk membaca kenyataan penuh Nooraida, sila baca artikel ini sepenuhnya.
Jujurnya, sehingga hari ini saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan selepas menyerahkan kes ini kepada pihak berwajib. Tapi, bila banyak maklumat dah bocor dan ramai sudah mengetahui saya adalah perempuan yang skandal dengan Adi Putra, biarlah saya mendedahkan perkara sebenar apa yang berlaku. Tambahan pula, Adi ada membuat penafian di media massa dia tak pernah kenal dengan saya.”
“Saya terpaksa saya buat bagi membuktikan dakwaan suami saya sebelum ini sememangnya benar dan bukan saya sengaja nak reka. Jika Adi menafikan dia tak pernah kenal saya seperti dilaporkan, itu hak dia. Memang Adi tak pernaj mengenali saya secara bersemuka, tapi kami mengenali antara satu sama lain secara InstaMessage, Instagram dan WhatsApp. Malah kami pernah berhubung melalui telefon bersama suami ketika Adi baru kembali dari Mekah, beberapa hari sebelum Aidilfitri.”
“Saya kenal Adi melalui Instagram yang dikendalikan sendiri oleh beliau iaitu Adp_adiputra. Saya pula menggunakan nama aidaannefasha. Pada masa sama, Adi membuka ruang InstaMessage untuk peminat berhubung dengannya. Kebetulan waktu itu saya online dan Adi berada di Mekah, saya ucapkan selamat menunaikan umrah. Dia membalasnya dengan ucapan terima kasih.”
“Selepas itu, saya tutup InstaMessage, tapi tak lama kemudian, Adi hantar mesej minta nombor telefon saya. Mulanya saya hairan adakah itu benar Adi Putra? Dia juga bertanya, saya tinggal mana, umur dan status. Walaupun saya memberitahu sudah berkahwin, namun dia tak mengendahkannya. Dalam fikiran saya, mungkin dia cuma memerlukan kawan untuk berbual. Dari situlah, kami mula berhubung menerusi WhatsApp.”
“Dalam Instagram, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya. Saya anggap mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market. Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa teruja. Itulah sebab mengapa saya masih melayannya dan terus terjebak dalam perhubungan ini.”
“Semasa berhubung dengan Adi, dia menggunakan nombor telefon Arab Saudi sebab dia berada di Mekah. Adi juga ada sertakan nombor telefom Malaysia yang dia gunakan sekarang. Kami juga pernah berbual menerusi telefon secara bertiga – suami, Adi dan saya apabila mahu menyelesaikan perkara ini sebelum sampai ke pengetahuan pihak berwajib dan media massa.”
“Menerusi perbualan itu, Adi mengaku kesilapannya dan mahu berjumpa suami untuk menyelesaikannya secara baik, tapi tiba-tiba dia ubah fikiran.”
Apabila ditanya, sejauh manakah dakwaan kononnya Adi menggodanya, wanita ini menjawab.
“Dakwaan Adi menggoda saya adalah benar kerana pada awal perbualan, dia ada mengatakan mula menyukai saya dan meminta gambar. Pada mulanya saya beri gambar biasa saja tapi kemudian Adi meminta gambar lebih seksi. Saya tak berani, tapi dia pujuk sehingga saya mengalah selepas beliau menunjukkan gambar peribadinya.”
“Adi pula pandai memujuk dan romantik orangnya, jadi saya terjebak untuk melayan. Saya akui, bukan alim dan tak kuat iman. Adi pula nampaknya lebih berminat berbual perkara amat peribadi, selain bertukar gambar yang sangat peribadi.”
“Saya faham suami saya marah, walaupun mengetahui saya bersalah, dia masih cuba untuk berhubung dengan Adi bagi mencari jalan penyelesaian secara baik, malah menggunakan saluran undang-undang selepas tiada jalan penyelesaian. Pengajaran daripada insiden ini, walaupun fanatik atau teruja dengan seseorang artis, kita tak perlulah menurut segala kemahuannya. Cukup sekadar peminat biasa.”
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.