Latest News

Saya Dan Shila Amzah Tidak Pernah Bercinta – Johan As’ari

Shila Amzah, Johan As’ari dan Lana Nordin adalah 3 nama yang sedang hangat dibicarakan dalam dunia hiburan tempatan. Ramai peminat yang kecewa kerana hubungan Shila dan Johan tidak menjadi kenyataan apabila Johan mengakui mencintai Lana Nordin secara tiba-tiba. Mana tidaknya, sebelum ini Johan dan Shila seringkali dilihat bergambar bersama-sama dan menunjukkan kemesraan seolah-olah pasangan bercinta.
shila amzah dan johan
Malah sebelum ini Johan As’ari juga pernah memberi “hint” seolah-olah sudah tangkap cinta dengan Shila Amzah. Namun menerusi MalaysianDigest baru-baru ini, Johan menafikan mereka adalah kekasih sebaliknya hanya sebagai sahabat. Kata Johan:-
Setiap ujian yang Allah bagi tu, Dia tahu yang kita mampu atasi ujian itu. Saya tidak pernah berkawan dengan sesiapa semata-mata saya ada agenda. Saya berkawan dengan tulus. Saya sayang Shila. Dia sahabat saya. Dia muda lagi. Kerjayanya tengah memuncak. Semua orang bangga dengan dia.
Tapi kami tak pernah bercinta. Kalau dia kata dia tertipu… dia cakap tu pada saya ker? Bagi saya, dia baru melalui fasa kehidupan yang kita sendiri kena faham. Dia pun ada sejarah dia. Kita kena jadi pemaaf dan jangan biarkan diri kita selalu dimaafkan. Saya dan Shila, kami sahabat sampai bila-bila
lana nordin dan shila
Johan juga turut menafikan hubungannya dengan Lana Nordin ditentang oleh ibunya sendiri. Ini susulan beberapa gambar yang dikongsikan oleh ibu Johan di Instagram yang seolah-olah kecewa dengan keputusan anaknya. Tambah Johan lagi:-
Tidak ditentang. Mak mana yang tak sayangkan anak. Mak mana yang nak tengok anak dia gagal dalam perkahwinan. Mak saya tetap no.1 dan mak saya tetap sempurna. Semua ini pasti ada hikmahnya. Jadi saya yakin mudah-mudahan hati ibu tu akan terima. Terpulang pada kami untuk buktikan.
Tapi sekarang ni tidak bermakna Lana perlu memikat hati ibu saya. Sebaliknya lebih kepada memikat hati dia sendiri untuk dia berubah. Apabila dia benar-benar nak melakukan perubahan, itu lebih baik. Cuba tengok macam hari ni, dia sopan dan dah tak pakai pewarna kuku. Kita semua sepatutnya bersyukur dengan perubahan dia ni.
Nasihat Abang Nara kepada Shila, let’s move on dan jangan kecewa dengan orang yang tidak menghargai dan tidak mencintai kita. Anda pun masih muda lagi. Baru 23 tahun. Hidup anda masih panjang. Selepas ini pasti ada lelaki yang lebih baik, sempurna dan matang akan hadir di sisi anda. Jangan tangisi pemergian Johan. Yakinlah pada ketentuan daripadaNya. Tak gitu?______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.