Hati manusia mana yang tidak sedih dan kecewa apabila dipersalahkan di dalam sesuatu perkara. Terbaru, Yuna melahirkan kekecewaannya apabila dianggap punca kegagalan lagu “Dwihati”, nyanyiannya bersama Aizat ke AJL28. Artikel tersebut telah diterbitkan di dalam salah satu suratkhabar tempatan pada hujung minggu yang lalu. Di dalam artikel tersebut, Yuna didakwa menyanyi lagu Dwihati dengan nada yang salah sekaligus membuatkan persembahan nampak kucar-kacir.
Selaku salah seorang penyanyi lagu Dwihati, Aizat tampil untuk menjelaskan apa yang telah terjadi ketika persembahan separuh akhir AJL28 baru-baru ini. Kata Aizat:-
Dalam hal ini saya tidak menyalahkan Yuna kerana dia menyampaikan lagu itu dengan baik sekali. Lagi pun, dia banyak berkorban waktu dan tenaga untuk balik ke Malaysia semata-mata kerana mahu menyanyikan lagu berkenaan.Apa yang boleh saya katakan, berlaku masalah teknikal membabitkan band saya malam itu sehingga kedengaran kami seperti menyanyi bukan dengan nada sebenar.Saya minta maaf atas apa yang berlaku. Kami sudah memberikan yang terbaik dan mungkin bukan rezeki kami pada malam itu.
Yuna juga menerusi akaun Twitternya telah memberikan penjelasan yang serupa mengenai apa yang telah berlaku malam itu.
No comments:
Post a Comment