Latest News

Hans Isaac Sedia Kahwini Neelofa Hujung Tahun Ini?

Oh tidak~~~ Status selebriti pujaan ramai, Neelofa nampaknya akan bertukar daripada “single” kepada “married” pada hujung tahun ini. Berita gembira (mungkin sedih buat yang mahu mengorat Neelofa) disampaikan oleh Hans Isaac yang secara umumnya diketahui sedang bercinta dengan pelakon wanita tersebut. Untuk makluman, tahun ini Hans Isaac berusia 42 tahun sementara Neelofa pula 25 tahun.
hans isaac dan neelofa
Walaupun tidak menyebut nama Neelofa sebagai kekasihnya, kata-kata Hans Isaac ini membayangkan kesediaannya untuk bergelar suami. Kata Hans kepada Mstar Online:-
Saya tidak mahu dedahkan kehidupan peribadi saya kepada umum terutama sekali berkenaan cinta atau kekasih, tetapi saya akui kini sedang menjalani kehidupan yang bahagia. Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini,
hans kahwin neelofa
Tak sabar rasanya menanti bulan Disember ini untuk melihat siapakah gadis yang akan bergelar isteri Hans Isaac. Adakah Neelofa seperti yang dijangkakan? Atau ada wanita lain yang bertakhta di hati Hans Isaac? Berdebar-debar pulak jantung ini. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.