Latest News

Wardina Seru Semak Semula Ceramah Ustaz Don Daniyal

Ini adalah isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial. Wardina Saffiyah semalam menerusi akaun Facebooknya, telah menyeru para alim ulamak di Malaysia untuk menyemak kata-kata penceramah terkenal, Ustaz Don Daniyal yang didakwanya mengandungi cerita mistik tidak berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Turut dikepilkan dalam seruannya itu adalah sebuah video yang menggabungkan beberapa siri ceramah Ustaz Don.
wardina
Tulis Wardina:-
Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama’..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don’t need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran.
Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam.
 

 

ustaz don
Ternyata seruan Wardina menimbulkan pelbagai rasa kurang senang. Namun tidak kurang juga banyak yang menyokong. Malam semalam, Ustaz Don telah berkongsi sebuah video jawapan kepada Wardina namun apabila Abang Nara cari semula, video itu telah tiada. Wardina juga telah menghantar email kepada Ustaz Don untuk meminta maklum balas lanjut.
Terima kasih semua. Saya akan cuba tanya Ustaz Don secara personal. Dah hantar dah pun email. Semoga saya dapat mewakili ribuan lagi orang awam yang keliru. InsyaAllah khair. Alhamdulillah dapat pengikut FB yang berhemah, beradab dan prihatin. MasyaAllah. Kita semua sayangkan agama Islam kita ini kan? Saya, dan saya juga yakin pengikut FB semua sudaya upaya cuba menjadi Muslim yang baik..mempraktikkan Islam di dalam amalan harian bersama anak-anak dan keluarga kita. Mari kita tambah ilmu dan jangan segan bertanya. Kita jangan tinggal solat dan mentadabbur Quran. Kita bersangka baik. Saya tidak ada niat mengaibkan.. tiada langsung…video itu bukan video aib. Video itu adalah ceramah dari ustaz. Mungkin juga orang yang buat video itu khuatir dengan isi penyampaian ustaz. Saya percaya ini semua ada hikmahnya. Wallahualam.
Abang Nara tak berani komen sebab tak ada ilmu dalam bab-bab agama ini. Sama-samalah kita nantikan penjelasan Ustaz Don. Kadang-kadang video “edit” ini tak boleh percaya sangat sebab banyak bahagian penting dibuang. Apa pun, semoga mereka berdua tidak bergaduh kerana kedua-duanya adalah selebriti ikutan ramai.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.