Latest News

Farhan Lafaz Cerai 2 Kali Kepada Abby Abadi

Farhan, suami kepada Abby Abadi dilaporkan telah melafazkan cerai sebanyak 2 kali kepada Abby Abadi. Salah satunya tidak dilaporkan kepada mahkamah iaitu apabila Farhan memberitahu rakannya yang dia sudah menceraikan Abby Abadi. Lafaz tersebut adalah sah dan Abby serta Farhan telah rujuk secara perbuatan tanpa memberitahu mahkamah terlebih dahulu.
abby abadi cerai
Kata Abby Abadi:-
Lafaz kali pertama itu tidak dibuat kepada saya tetapi dia memberitahu kepada seorang kenalan bahawa kami sudah bercerai dan apabila saya dimaklumkan mengenai perkara itu saya merujuk perkara berkenaan kepada bapa saudara suami di Kelantan untuk mengetahui sama ada ia sah atau pun tidak. Apabila diberitahu lafaz dibuat itu sah kami rujuk secara perbuatan tanpa melaporkannya kepada mahkamah
abby
Kemudiannya Abby memaklumkan kepada mahkamah yang dia telah menerima SMS berbunyi “Aku ceraikan kau” dan diikuti “Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku” pada 9 Mei lalu. SMS tersebut dihantar pada jam 10.25 pagi apabila suaminya tidak pulang ke rumah malam sebelumnya. Kata Abby lagi:-
Semasa saya terima SMS berkenaan saya berada di dalam kereta namun saya tidak ingat ada atau tidak membalas mesej itu untuk mendapatkan kepastian daripadanya. Kejadian berpunca selepas terdapat perselisihan faham yang berlarutan sehingga dia tidak balik rumah pada malam sebelum dia melafazkan cerai menerusi mesej.
abby
Bagaimanapun kes ini terpaksa ditangguhkan hingga 11 Jun untuk membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan. Apa pun, takziah kepada Abby Abadi dan Farhan atas kemelut rumah tangga mereka. Semoga ada hikmah di sebalik semua ini. Info asal Mstar Online.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.