Latest News

Indonesia Adalah Lokasi Terakhir Penggambaran Luar Negara Running Man

Ah~~ Maka marilah beramai-ramai peminat Running Man kecewa dengan berita ini. Indonesia akan menjadi lokasi terakhir penggambaran luar negara Running Man. Selepas ini, Running Man tidak akan membuat penggambaran luar negara lagi sekaligus memusnahkan harapan rakyat Malaysia yang mahu melihat aksi mereka secara “live” di bumi Malaysia. Sedih bukan?
running man di indonesiaSebelum ini Running Man telah terbang ke Australia untuk membuat penggambaran di sana. Episod di Australia memang amat mengujakan. Seronok tengok Rain main kangaruu. Misi yang dibuat lebih kepada memperkenalkan Australia sebagai lokasi pelancongan.  Abang Nara dah terbayang macam mana kalau diorang buat di Malaysia. Boleh buat misi di KLCC, Bukit Bintang dan sebagainya. Banyak sangat tempat menarik di Malaysia ini. Sayangnya impian itu tidak akan tercapai.
running manPenggambaran di Indonesia adalah bersempena Asian Dream Cup 2014 yang sering menampilkan Park Ji Sung sebagai tetamu jemputan. Untunglah orang Indonesia dapat bertemu dengan ahli Running Man secara “live”. Diharapkan agar pihak produksi Running Man akan berubah fikiran dan memilih Malaysia untuk pertama kalinya sekiranya penggambaran luar negara diadakan semula.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.