Latest News

Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Masih Dalam Ikatan Pertunangan

Pelik tapi benar. Pening juga kepala Abang Nara dibuatnya. Mana tidaknya, kalau dulu Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose mengakui yang hubungan mereka sudah berakhir, tup-tup kali ini buat kenyataan masih dalam ikatan pertunangan. Mana satu yang betul? Memang misteri sungguh. Pasti peminat mereka tertanya-tanya status sebenar pasangan sama cantik sama padan ini.
pekin dan uqasha
Mungkin ini salah satu cara Pekin dan Uqasha mencari publisiti. Jangan sampai peminat muak dan bosan dengan kelakuan mereka sudah la. Kata Pekin menerusi Mstar Online:-
Ikatan pertunangan tidak pernah putus cuma perancangan perkahwinan ditangguhkan seketika bagi memberi ruang kepada kami untuk berfikir semasak-masaknya tentang keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya dan mencari keserasian.
Keluarga kedua-dua belah pihak mengetahui perkara ini dan mereka juga turut menasihatkan agar kami tidak terburu-buru dan bertenang buat masa ini. Tipu kalau saya kata saya tidak sayangkan dia tetapi buat masa ini saya malas hendak fikir tentang perkara itu kerana kalau ada jodoh adalah nanti
pekin
Untuk makluman, mengikut perancangan asal, Pekin dan Uqasha sepatutnya akan bernikah pada 25 Oktober ini. Nampak gayanya mungkin perancangan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga kembali wujud persefahaman di antara mereka. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Kalau betul-betul sayang, duduklah berbincang dan selesaikan masalah secepat mungkin. Jangan duduk berharap semuanya baik tanpa melakukan sebarang tindakan.______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.