Latest News

Tidak Dapat Kerjasama MAS Punca Hanez Suraya Teruskan Saman

Susulan tindakan Hanez Suraya menyaman MAS atas penyebaran gambar tiket penerbangannya bersama Romie beberapa bulan lalu, banyak pihak yang memberi kritikan negatif kepada pelakon ini. Ada yang melabelkan Hanez sebagai selebriti yang suka menyaman tanpa berfikir panjang. Namun rupa-rupanya ada cerita di sebalik tindakan yang diambil oleh Hanez ini.
hanez saman MASMenurut Hanez, dia telah memohon kerjasama MAS untuk berbincang mengenai penyebaran gambar tiket tersebut namun tiada reaksi yang diberikan oleh syarikat penerbangan itu selama sebulan. Kata Hanez menerusi portal GUA:-
“Ada pihak yang kata saya mahu terus-terusan saman. Seperti yang sudah saya jelaskan sebelum ini, pihak saya telah mengambil inisiatif untuk berbincang dengan pihak mereka selepas gambar tiket itu tersebar dan perkara itu berlangsung selama sebulan.
Malangnya, saya tidak mendapat kerjasama. Jadi saya teruskan dengan tindakan saman. Justeru itu, kepada mereka yang memberi pendapat negatif begitu, diharap dapat membaca dahulu cerita yang dipaparkan sebelum ini sepenuhnya. Jangan baca tajuk sahaja lalu melemparkan tohmahan kepada saya.
Mengenai malu, saya tidak mahu komen. Saya enggan panjangkan isu. Saya mahu berdiam diri. Pedulikan sahaja kerana selepas ini orang akan penat dan diam.
hanez saman MAS
Diharap dengan penjelasan ini, tak akan ada lagi kritikan yang diberikan kepada Hanez Suraya. Kesian juga Abang Nara kat Hanez. Semua benda yang dibuat nampak salah di mata orang lain. Tak apalah Hanez. Bersabarlah. Ini semua dugaan hidup. Tak gitu?______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.