Latest News

Ana Dahlia Cuba Berdolak Dalih?


Ana Dahlia yang hadir bersama ibunya serta kekasihnya, Ubaidullah di majlis meraikan Hari Ibu anjuran Rafflesia di hotel Royal KL, pada Rabu. Kredit foto Selebriti online.

Berita pelakon Ana Dahlia, kini sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Ubaidullah bukanlah lagi rahsia. Sebelum ini kecoh apabila beberapa foto pasangan kekasih ini bercuti di Bangkok, Thailand bulan lalu.

Bahkan pernah sebelum ini kecoh apabila bekas menantu kepada Chef Selebriti, Datuk Chef Wan ini dikatakan bakal berkahwin dalam masa terdekat. Hal itu timbul apabila seorang pereka fesyen terkenal memuat naik gambarnya bersama Ana dan kekasihnya.

Gambar tersebut menunjukkan mereka bertiga seperti sedang berbincang, apa lagi kalau bukan perbincangan tentang busana perkahwinan. Bagaimanapun Ana menerusi kenyataannya kepada media menafikan yang dia akan berkahwin tidak lama lagi.

Namun sewaktu majlis meraikan Hari Ibu anjuran Rafflesia yang berlangsung di Hotel Royal, Kuala Lumpur malam tadi, kami pihak media terkejut apabila tertera di lampiran kenyataan media bahwa Ana hadir bersama bukan saja ibunya malah turut serta ialah tunangnya, Ubaidullah.

"Okay macam ni, sebelum ni ada ura-ura mengatakan yang saya akan berkahwin lah, bertunang lah dalam bulan Mei ini. Padahal semua itu tidak benar. Tapi saya tak nafikan perancangan ke arah itu memang ada. Setiap pasangan yang bercinta mahu berkahwin. Kita hanya merancang dan berusaha. Jodoh dan ketentuan di tangan Tuhan.

"Memang keluarga dia (Ubaidullah) ada berjumpa dengan keluarga saya, baru-baru ini. Hanya merisik tapi tidaklah sampai bertunang. Dengan status saya dan pengalaman lalu mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Banyak perkara yang saya perlu fikirkan sebelum saya betul-betul bersedia untuk bergelar isteri semula.

"Ibu bapa saya juga tidak memaksa saya untuk buat apa-apa keputusan. Mereka sangat memahami saya. Malah semasa merisik pun keluarga kami pun tidak menentapkan apa-apa tarikh baik tarikh bertunang atau berkahwin," katanya sambil tersenyum.



Pemilik nama sebenar Diyana Mastura Jaafar, 31, ini berkata demikian ketika diminta mengesahkan sejauh mana kebenaran status antara dia dan kekasihnya itu seperti yang dinyatakan pihak penganjur majlis di dalam lampiran kenyataan media sekaligus benarkah mereka akan bernikah tidak lama lagi.

Dalam pada itu, menurut pelakon drama 'Cinta Yang Satu' ini, dia dan teman lelakinya yang berusia 24 tahun itu sebetulnya sudah lama saling mengenali memandangkan mereka berasal dari satu kampung iaitu di Taiping Perak. Namun mereka mula menjadi teman rapat sejak setahun lalu.

Ditanya apa yang membuatkan dia tertarik dengan jejaka itu, Ana berkata Ubaidullah seorang yang sangat mengambil berat dan berfikiran matang meskipun jarak umur mereka berbeza tujuh tahun.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.