Latest News

Filem Abang Long Fadil Kutip RM2.1 Juta Dalam Masa 4 Hari

Di kala kesuraman kutipan filem tempatan, filem Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof berjaya membuktikan kehebatannya dengan mengutip RM2.1 juta dalam tempoh 4 hari. Ini satu pencapaian yang amat memberangsangkan dan harus dipuji. Untuk makluman, filem yang dibintangi Zizan Razak ini diberi klasifikasi 18PL oleh LPF yang sedikit sebanyak pastinya memberikan kesan kepada jumlah kutipan.
kutipan abang long fadil
Turut ditayangkan di Brunei dan Singapura, filem Abang Long Fadil ditayangkan di negara tersebut tanpa sebarang potongan babak. Untuk tayangan Malaysia, filem ini dipotong sebanyak 6 babak. Kata Datuk Yusof Haslam menerusi Berita Harian:-
Saya akur dengan keputusan LPF, tetapi saya berharap pihak terbabit akan bersikap lebih terbuka selepas ini kerana Abang Long Fadil tidak mengandungi unsur ganas yang melampau. Bagaimanapun, sebagai orang lama dalam industri, saya menghormati dan faham kerja badan penapisan.
Cuma, Syafiq yang agak kecewa apabila filem arahannya itu diberi klasifikasi 18PL dan menerima potongan sebanyak enam babak. Sedangkan di Brunei dan Singapura, filem ini lulus tanpa sebarang potongan. Klasifikasi yang diberuikan itu menyebabkan jumlah penonton filem Abang Long Fadil menjadi terhad.
Jika tidak, filem ini boleh ditonton oleh seisi keluarga, bersesuaian dengan tarikh tayangannya yang jatuh pada cuti sekolah. Dengan klasifikasi yang diberikan itu, hanya penonton berusia 18 tahun ke atas boleh datang menonton. Akibatnya, jumlah penonton lebih merudum.
kutipan abang long fadil
Turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Sofi Jikan dan Syamsul Yusof, filem Abang Long Fadil masih lagi ditayangkan di pawagam. Jadi marilah kita beramai-ramai menonton filem ini yang khabarnya membawa pembaharuan dari segi CGI. Sama-samalah kita menyokong filem tempatan yang berkualiti. Apa pun, tahniah buat Syafiq Yusof atas kejayaan ini.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.