Latest News

Hubungan Lufya & Kerabat Diraja Johor Tamat Selepas Kontroversi

Salah satu aktiviti Abang Nara di hari Ahad ialah berehat sambil membaca suratkhabar. Sambil-sambil tengok anak bermain di laman rumah, sambil menyedut informasi semasa yang berlaku dalam dan luar negara. Salah satu yang menarik perhatian Abang Nara ialah kisah hubungan Lufya (bekas AF6) dan salah seorang kerabat diraja Johor iaitu Tunku Abdul Jalil.
tunku abdul jalil lufyaDesas-desus dan khabar angin ada yang menyatakan hubungan Lufya dan Tunku Abdul Jalil sudah sampai ke tahap percintaan. Namun menerusi Metro Ahad semalam, Tunku Abadul Jalil menafikan perkara tersebut. Malah menurut Tunku Abdul Jalil, desas-desus itu hanyalah gosip murahan. Kata beliau:-
Sekiranya saya ingin memilih pasangan hidup, wanita itu perlu memiliki ciri-ciri istimewa terutama menghormati ibu bapa dan perlu memahami diri saya. Mengenai gadis berkenaan, dia kini berada di luar negara kerana bekerja di sana.
Meskipun tidak hairan dengan perbuatan itu, saya tidak mahu rakyat salah faham dan salah anggap sedangkan ia tidak benar.
lufya
Sementara itu Lufya juga melahirkan rasa kesalnya kerana kontroversi ini telah menyebabkan hubungan persahabatannya dengan Tunku Abdul Jalil yang terjalin selama 10 tahun berakhir. Kata Lufya menerusiMstar Online:-
Sayang sekali, isu kononnya saya bercinta dengan kerabat itu membuatkan kami tidak lagi berkawan seperti dulu. Sedangkan saya tidak pernah berkata yang kami menjalinkan hubungan cinta.
Isu ini juga membuatkan saya malu dengan orang sekeliling menganggap saya berangan mahu menjadi seperti ‘cinderella’ yang mendapat kekasih seorang putera raja. Sedangkan saya tidak pernah berfikiran begitu.
Selama ini saya tidak pernah ada masalah dengan beliau, malah anggap beliau seperti seorang adik sahaja
lufya
Kesian juga kalau persahabatan selama 10 tahun terlerai begitu sahaja. Namun nak buat macam mana kan? Itulah suratan takdir. Semoga kontroversi ini akan membuatkan Lufya lebih berhati-bati.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.