Latest News

Isu Budak OKU Terabai, Wardina Bandingkan Kerajaan Malaysia & Australia

Ya isu budak OKU yang dibiarkan terabai sehingga kurus-kering nampak tulang dan diselaputi najissememangnya menjadi isu paling hangat dibicarakan hujung minggu lalu. Menangis Abang Nara melihat nasib yang menimpa Mohd Firdaus Abdullah ini. Tak sangka boleh sampai ke tahap macam ini. Banyak pihak yang menyalahkan emak kepada Firdaus kerana sampai hati membiarkan anaknya sebegitu rupa. Abang Nara pun tak sangka ada emak yang sanggup buat darah daging jadi seteruk itu.
wardina
Tampil memberi komen mengenai isu ini, Wardina telah membuat perbandaingan mengenai sistem penjagaan OKU antara kerajaan Malaysia dan Australia. Agak menarik juga perbandingan yang dilakukan. Mungkin kerajaan Malaysia boleh pergi mempelajari sesuatu daripada Australia. Tulis Wardina:-
Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,”
Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU”
Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini”
Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa & OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah.
wardina
Apa pendapat anda? Adakah wajar kerajaan kita dipersalahkan dalam hal ini? Mengikut pengalaman Abang Nara yang mempunyai adik OKU, memang perlu diperbaiki sistem penjagaan kanak-kanak istimewa ini. Banyak yang boleh dipertingkatkan. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.