Latest News

Isu Nak Dilempang Oleh Ibu & Afiq Muiz, Eina Azman Enggan Komen

Dasyat juga kontroversi lempang-melempang yang kecoh diperkatakan sejak kebelakangan ini. Daripada pembacaan Abang Nara, kononnya ibu dan Afiq Muiz sendiri kalau terjumpa dengan Eina Azman, memang nak bagi pelempang sedas. Ish,ish,ish. Biar betul? Takkanlah sampai ke tahap begitu sekali kan? Macam tak masuk akal je. Kita kan orang Melayu penuh dengan adab.
afiq muiz dan ibu
Ini semua mungkin terjadi gara-gara kontroversi yang pernah melanda Afiq Muiz dan Eina Azman sehingga menyebabkan hubungan Afiq dan ibunya renggang. Kini Afiq dan ibunya sudah berbaik semula. Periksa punya periksa, ibu Afiq Muiz sendiri menerusi akaun Twitternya telah menafikan mahu menampar Eina Azman. Tulis ibu Afiq Muiz.
afiq muiz dan ibu
Rupa-rupanya lempang-melempang itu hanyalah cerita rekaan semata-mata. Lega hati Abang Nara. Kang kalau betul, tak pasal-pasal ada drama cerekarama pulak. Makin banyak kontroversi pulak nanti. Sementara itu Eina Azman pula enggan memberi sebarang komen mengenai kontroversi ini. Kata Eina:-
Sejujurnya saya tidak membaca laporan berkenaan tetapi mengetahui tentang perkara itu daripada orang lain dan saya tidak mahu mengulas mengenainya kerana saya enggan terlibat dalam sebarang kontroversi lagi.
Saya cuma terfikir sekiranya perkara itu tidak wujud, masakan orang boleh bercerita mengenainya tetapi saya malas hendak layan perkara remeh seperti itu kerana saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Memang kami (Afiq dan Eina) tiada apa-apa masalah tetapi saykini sudah mempunyai teman lelaki dan sudah tentu jika saya masih akrab dengannya kekasih akan salah faham.
Saya perlu menjaga perasaan teman lelaki dan sebab itu saya sudah lama tidak bertemu dengannya dan bukannya kerana kami bergaduh.
afiq muiz dan ibu
Bagi Abang Nara, Afiq Muiz, ibunya dan Eina Azman masing-masing sudah “move on” dengan kehidupan sendiri. Masing-masing dah lupakan atau masih cuba melupakan tragedi hitam yang pernah melanda mereka. Biarlah mereka hidup bahagia. Jangan dikacau lagi. Tak perlu kaitkan nama mereka di masa hadapan. Eina pun tengah bahagia dengan kekasih baru, Afiq pun sedang gembira berbakti kepada ibunya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.