Tak tahu sama ada peminat ini benar-benar serius atau sekadar menyindir Nabila Huda. Namun Abang Nara terkejut juga dengan ajakan peminat ini agar Nabila Huda menukar agamanya daripada Islam kepada Kristian. Adakah peminat ini menganggap gaya hidup Nabila terlalu liar sehingga membataskan pergerakannya sekiranya masih beragama Islam? Hmmmm.
Yang paling tak tahan siap boleh ajak anak Nabila Huda sekali. Nampak gayanya media sosial sekarang sudah semakin berbahaya. Takut-takut dakwah sebegini akan lebih menular. Abang Nara percaya Nabila Huda kuat pegangan agama Islam dan tidak akan mudah terpengaruh dengan ajakan sebegini. Namun masih kena berhati-hati.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment