Latest News

Sharnaaz Ahmad Terima Permohonan Maaf Fauzi Nawawi & Lisdawati

Akhirnya kemelut yang melanda Sharnaaz Ahmad, Fauzi Nawawi dan Lisdawati berjaya juga diselesaikan. Rasanya dekat 3 bulan juga timbul salah faham antara mereka. Siap Sharnaaz Ahmad pergi buat pemeriksaan otak untuk membuktikan dirinya masih waras. Kelakar pun ada jugak kan? Namun baru-baru ini menerusi rancangan H!Live di Astro Ria, Fauzi Nawawi dan Lisdawati telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sharnaaz Ahmad.
fauzi nawawi
Malah menerusi akaun Twitternya juga, Fauzi Nawawi telah menulis kata-kata di bawah:-
Maafkan semua kesilapan saya dan isteri yg sengaja or tkde Dan kami juga Tlh memaafkan anda yg selama ini membenci..
Sharnaaz juga telah menerima permohonan maaf daripada suami isteri tersebut. Kata Sharnaaz menerusi Mstar Online:-
Mereka sudah minta maaf. Saya terima. Lagipun tidak perlu saya memohon maaf lagi memandangkan menerusi kenyataan saya sebelum ini saya sudah minta maaf. Hati orang, siapa tahu. Saya cuma terima sahaja permohonan maaf itu. Diharap isu ini tidak lagi diperbesar-besarkan lagi oleh mana-mana pihak. Saya pun tidak ada masalah jika akan bekerjasama dengan mereka pada masa akan datang ini. Terpulang kepada mereka
sharnaaz
Kan bagus kalau macam ini. Meminta maaf dan memberi kemaafan adalah satu sifat terpuji. Gaduh lama-lama pun tak guna. Industri hiburan Malaysia kecil sahaja. Pusing sana pusing sini, nanti pasti kena bekerja di bawah satu payung jugak. Semoga dengan perkembangan ini, Sharnaaz, Fauzi Nawawi dan Lisdawati akan lebih tenang menjalani kehidupan masing-masing. Tahniah!!!
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.