Latest News

Allahyarham Rezaimen, Anak Linda Rafar Ingin Jadi Hafiz

Pemergian Rezaimen atau lebih dikenali dengan nama manja Memen pastinya memberikan impak yang amat besar kepada Linda Rafar dan keluarga. Abang Nara ada mengikuti kemaskini mengenai Memen yang sering dikongsikan oleh Linda Rafar sebelum pemergiannya, memang sayu mata memandang. Pemergian Memen pada usia semuda ini (12 tahun) pasti ada hikmahnya.
anak linda rafarJenazah Memen yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Menurut ibu saudara kepada Allahyarham, Diana Rafar memaklumkan yang Rezaimen berhasrat untuk menjadi seorang hafiz. Kata Diana:-
Memen (Rezaimen) sangat disayangi kerana sikapnya yang peramah dan periang namun pemergiannya semuda ini memang mengejutkan kami sekeluarga. Niat Memen memang mahu menjadi tahfiz kerana dia nak bawa anggota keluarganya masuk syurga
Terbaru menerusi akaun Instagramnya, Linda Rafar telah berkongsi 2 keping nota tulisan anaknya itu yang baru sahaja dijumpai. Sedih la plak Abang Nara membacanya. Tak dapat bayangkan kesakitan yang ditanggung oleh Allahyarham ketika menjalani rawatan.
anak linda rafaranak linda rafar
Insya Allah Rezaimen dan ahli keluarganya yang lain akan bertemu di syurga kelak. Buat Linda Rafar, bersabarlah dengan dugaan yang amat hebat ini. Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar. Takziah sekali lagi diucapkan atas kehilangan ini. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.