Latest News

Allahyarham Sharifah Aini Pernah Jayakan Lebih 2,000 Persembahan Amal Tanpa Sebarang Bayaran

Hebatnya. Kagum Abang Nara membaca mengenai perbuatan Allahyarham Sharifah Aini yang tidak pernah digembar-gemburkan oleh beliau sepanjang hayatnya. Di sebalik kesibukan sebagai seorang ibu dan seorang penyanyi, Allahyarham masih sempat menjayakan lebih daripada 2,000 persembahan amal tanpa menerima sebarang bayaran. Respek!!!
allahyarham sharifah aini
Malah Allahyarham juga dikatakan sering membantu rakan-rakan seperjuangan yang mengalami kesukaran. Beliau sangat pemurah, prihatin jika ada rakan yang sakit dan banyak membantu dari segi kewangan. Sesungguhnya betullah kata orang, kita tidak akan merasai kehilangan seseorang sehingga seseorang itu benar-benar pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
sharifah aini
Menarik bukan? Inilah satu sisi Allahyarham yang tidak diketahui ramai. Hanya kawan-kawan rapat sahaja yang tahu. Semoga dengan kebaikan ini, Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui dengan lebih mendalam siapa itu Sharifah Aini.
SEPERTI baru semalam kita menerima perkhabaran mengenai pemergian penyanyi Seri Dewi Malam ini kembali ke rahmatullah.

Meskipun sudah tiga hari berlalu, namun jasa dan perjuangan, Biduanita Negara ini kepada industri seni menjadikan kehilangannya sangat dirasai.

Sehinggakan semasa penghormatan terakhir, Allahyarhamah diziarahi ribuan saudara-mara, sahabat dan rakan artis yang mendoakan kesejahteraannya.

Sementelah doanya untuk meninggal di bulan suci dimakbulkan oleh ALLAH SWT dan tarikh 6 Julai 2014 Bersamaan 8 Ramadan 1435 Hijrah, ini menjadi sejarah buat seluruh peminat yang akan terus merindui suara merdunya.  

Mendengar nama Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar atau lebih mesra dipanggil Kak pah, pasti ramai yang membayangkan lagu-lagu dendangan popularnya seperti Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru, namun hakikatnya tidak ramai yang benar-benar mengenali sisi peribadi beliau.

Bagi rata-rata rakan baik dan rakan seperjuangannya, Kak Pah adalah insan yang berhati mulia dan memiliki sifat dermawan yang sangat dikagumi terutama bagi mereka yang sering bekerjasama dengan beliau.    

Malah turut tercatat dalam Wikipedia, beliau pernah menjayakan 2,518 persembahan amal tanpa bayaran.

Ini turut disokong Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez yang  bekerjasama lebih 30 tahun bersama Allahyarhamah dalam industri ini.

Menurutnya, Kak Pah sememangnya dikenali sebagai artis yang gemar membuat kebajikan dan kerja-kerja amal.

“Sewaktu era 80 dan 90-an, beliau sangat aktif membantu golongan memerlukan terutamanya anak-anak yatim.

“Dia rajin mengumpul dana untuk didermakan, dengan harapan dapat meringankan bebanan mereka.

“Beliau juga sanggup melakukan pelbagai persembahan amal bagi mencapai misi tersebut tanpa meminta sebarang bayaran,” katanya kepada Zass.

Juga berjaya mendidik satu-satunya anak tunggal beliau, Aliff Omar Ali sehingga bergelar tahfiz, maka tidak hairanlah jenazah Allahyarhamah dikatakan berbau harum.

Prihatin atas kesusahan rakan

Bertemu rakan-rakan Allahyarhamah ketika penghormatan terakhir beliau di  Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini, turut memberi peluang untuk kita mengenali lebih mendalam siapa Allahyarhamah di mata sahabatnya.

Menurut Mohd Shamsuddin Abdul Rahman @ Mimie Zarina, sepanjang 35 tahun dia mengenali anak kelahiran Johor itu, ia adalah sesuatu yang cukup berharga.

Momen indah ketika bersama tidak ternilai harganya dan akan diabadikan buat selamanya.

Katanya, walaupun sibuk dengan karier tetapi Allahyarhamah seorang yang sangat prihatin jika rakannya di dalam kesakitan atau kesusahan.

“Kalau dia tahu kawan-kawan sakit, dialah orang pertama  datang melawat. Dia sangat risau jika tidak tahu bagaimana keadaan kita.

“Semasa hayatnya dia bukan seorang yang kedekut bahkan sangat pemurah.

“Dia banyak membantu daripada segi kewangan dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, Allahyarhamah bukanlah seorang yang suka bercerita mengenai hal orang lain.

“Dia lebih selesa dengan rakan-rakannya, walaupun bukan semua berkesempatan menjadi sahabat baiknya tetapi arwah sebenarnya seorang yang sangat mesra,” katanya.

Kuih tart jadi kegemaran

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M Daud Husin berkata, persahabatan yang terbina sejak 30 tahun lalu mengingatkan beliau kepada sifat dermawan yang ada dalam diri Allahyarhamah.

“Bagaimana saya boleh melupakan segala bantuan yang dihulurkan kepada saya ketika dalam kesusahan.

“Pernah sekali, dia memberi saya wang sebanyak RM2,000 dan waktu itu saya sebenarnya memang memerlukan bantuan kewangan,” katanya yang menyifatkan pemergian Allahyarhamah tiada gantinya.

Akui M. Daud, Allahyarhamah juga suka dengan masakan isterinya.

“Dia suka makan nasi beriani air tangan isteri saya, selain itu kuih tart juga menjadi kegemarannya,” katanya mereka sekeluarga pasti merindui insan yang lebih mesra digelar Kak Pah itu.

Sedikit memori bersama, M. Daud memberitahu, Allahyarhamah pernah memberinya sebuah biodata yang diselitkan 100 lagu Allahyarhamah kepadanya.

“Dia berpesan supaya menyimpan biodata tersebut dengan baik dan jangan sesekali memberikannya kepada orang lain.

“Insya-ALLAH, amanat Allahyarhamah akan saya pegang dengan baik,” katanya.
Credits: sinarharian.com.my
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.