Latest News

Awie Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri

Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie mengaku tidak bersalah atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun, 36, pada 2 Jun lalu. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, minta dibicarakan. Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula.
Mahkamah turut mengarahkan Awie membayar ikan jamin RM9,000 dengan dua orang penjamin. Awie hadir ke Mahkamah Majistret Ampang di sini di temani sekumpulan rakan-rakannya. Awie diwakili dua peguam iaitu Hazman Harun dan Aimizaizul Amran. Manakala pertuduhan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.
awieMengikut pertuduhan kes, Awie didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini. Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum di bawah Seksyen 325 Kanun Kesekaaan.
Awie turut ditemani oleh anggota Wings seperti Joe dan Eddy serta beberapa rakannya yang lain. Awie enggan mengulas lanjut dan menyerahkan segala urusan kepada peguamnya. Jelas Awie dia enggan memberikan kenyataan bercanggah yang akan menggangu kes berkenaan di mahkamah. Info asalMstar Online.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.