Latest News

Baju Melayu Dicetak Rompak, Aaron Aziz Kesal

Hebat sungguh Malaysia ini. Ingatkan hanya CD cetak rompak dijual di pasaran, rupa-rupanya baju Melayu cetak rompak pun ada. Yang jadi mangsa ialah Aaron Aziz yang bekerjasama dengan Jakel untuk menghasilkan “baju Melayu Aaron Aziz”. Pasti  “baju Melayu Aaron Aziz”.ini rekaannya amat unik, menarik dan menyerlahkan kemachoan si pemakainya sehingga ada orang yang mahu mencetak rompaknya.
baju melayu aaron aziz
Biasalah kalau dah femes mesti semua benda yang berkaitan dengan diri anda akan ditiru. Kalau anda seluar dalam Aaron Aziz pun confirm kena cetak rompak punya. Kalau Abang Nara jadi Aaron pun pasti sedih. Iyerlah, baju cetak rompak itu sedikit sebanyak akan merendahkan jualan baju asli. Kuranglah keuntungan yang boleh diperolehi. Kata Aaron:-
Saya kesal apabila mendapat tahu ada Baju Melayu jenama Aaron dikeluarkan oleh pihak lain yang cuba mengambil kesempatan pada musim perayaan ini.
Saya ada lihat mereka menggunakan nama ‘Aaron Jakel’ atau ‘Zizan Jakel’ dan menjualnya dengan harga yang sangat murah dan tidak berkualti.
Mereka mengambil kesempatan terhadap usaha orang lain, saya dan tenaga kerja yang lain bersusah payah untuk menjenamakan produk ini, sebaliknya mereka dengan mudah mengaut keuntungan.
baju melayu aaron aziz
Secara jujur, Abang Nara cari juga apa keunikan “baju Melayu Aaron Aziz” ini. Selain daripada sampinnya yang agak menarik, tak nampak pulak ciri-ciri unik yang membezakan dengan rekaan baju Melayu biasa. Mungkin kena beli satu dulu dan pakai untuk rasa sendiri. Entah-entah bila pakai badan terasa ‘tough’ macam Aaron kot. Hehehe. Apa pun, sabarlah Aaron Aziz. Abang Nara yakin peminat setia pasti akan beli yang ‘original’ sebagai tanda sokongan kepada anda. Info asal Mstar Online.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.