Latest News

Baru 2 Minggu Buat Bisness MLM Saya Dah Boleh Beli Ducati Diavel – Azad Jazmin

Wow. Hebat gila bisness MLM yang disertai oleh Azad Jazmin dan isterinya, Eira Syazira ini. Mana tidaknya, baru 2 minggu dah boleh beli motosikal Ducati Diavel. Rasanya motosikal tersebut lebih daripada RM50,000. Sementara itu Eira pula sedang menunggu pinjaman diluluskan untuk pembelian kereta Evo. Power rangers sungguh bisness MLM yang disertai oleh pasangan suami isteri ini.
eira dan azad
Abang Nara memang skeptikal dengan MLM. Rasanya daripada 10 MLM kat Malaysia ini, 9 daripadanya menipu orang. Lagi sedih apabila mangsa tipu adalah orang Melayu kita sendiri. Namun kalau MLM yang disertai oleh Azad dan Eira ini benar-benar ‘genuine’, teringin juga nak join. Mana tahu lepas sebulan boleh beli Ferrari. Kata Azad menerusi MalaysianDigest:-
Kita semua sedia maklum, bila orang kita dengar saja tentang MLM mereka terus menunjukkan reaksi kurang minat. Tapi apa yang oleh saya katakan, perniagaan yang kami ceburi ini lebih kepada membantu orang-orang Melayu dalam menjana keewangan.
Akan ada satu pelancaran khas memperkenalkan perniagaan ini pada umum sekitar November nanti. Lagipun syarikat yang menjalankan perniagaan ini adalah sebuah syarikat berpengaruh dan sudah hampir 15 tahun bertapak dalam dunia perniagaan. Sebab itu saya yakin untuk menyertainya.
Bayangkan lah, dalam masa dua minggu saja Allhadulillah saya sudah mampu membeli motosikal Ducati Diavel. Dan Eira sekarang ni sedang menunggu pinjamannya diluluskan untuk beli Evo.
eira syazir
Dengar ceritanya Azad Jasmin sudah berjaya mengajak rakan-rakan artis seperti Shaheizy Sam dan Keith Foo untuk menyertai bisness MLM ini. Malah pendapatan yang diterima daripada bisness ini lebih banyak daripada berlakon sehingga Azad telah berehat daripada berlakon sejak Mei lalu untuk beri fokus sepenuhnya. Semoga berjaya dan terus berjaya diucapkan. Dah kaya nanti jangan sombong pulak.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.