Latest News

Emma Maembong Juga Akan Bertudung Tidak Lama Lagi

Emma Maembong ini kalau bertudung memang lagi cute, comel dan memikat hati. Untunglah Zizan kerana bakal isterinya ini mengesahkan akan mengikut jejak langkah Neelofa untuk bertudung dalam masa terdekat. Sebelum ini Emma sering berkongsi gambarnya dengan imej bertudung dan telah berjaya mencairkan jutaan hati para jejaka dengan ‘pose’ cutenya. Memang boleh tangkap cintan bro!!!
emma maembong
Walaupun tidak diketahui tarikh sebenar penghijrahan ini akan dilakukan, Emma Maembong memaklumkan yang dia sudah pun memasang niat untuk bertudung. Kata Emma menerusi Utusan Malaysia:-
Dalam waktu terdekat (akan bertudung). Saya tidak menolak sudah mempunyai niat tersebut, ia akan terlaksana tidak lama lagi. Jujur saya katakan selesa bertudung, tetapi buat masa ini saya tidak mahu umum apa-apa lagi.
emma maembong
Alhamdulillah nampaknya gelombang menutup aurat di kalangan selebriti wanita tempatan semakin kuat. Semoga perubahan ini akan memberi impak kepada dunia hiburan kita. Selepas ini pengarah dan penerbit drama kenalah betul-betul buat skrip yang sesuai dengan imej baru pelakon-pelakon ini. Janganlah bertudung tetapi bila berlakon sentuh sana sentuh sini tanpa segan silu. Tak gitu? Apa pendapat anda?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.