Latest News

Isteri Benarkan Ajak Shiro Pegang Pipi Sherry Ibrahim?



Pelawak dan pelakon Ajak (Shiro) awal-awal lagi sudah meminta kebenaran isterinya yang dikenali sebagai Fifa, melakonkan adegan intim bersama aktres Sherry Ibrahim dalam telefilem sempena Aidilfitri berjudul 'Sayang Wak Lu'.

Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanafi Razak, 28, dalam telemovie arahan pengarah Michael Ng itu mencabar dirinya mrembawakan karakter seorang yang serius dan pernah menjalin hubungan cinta dengan Sherry. Namun hubungannya putus di tengah jalan. Tetapi akhirnya mereka kembali bersatu semula.

"Saya bawa watak serius dalam telemovie tu. Ada adegan saya pegang pipi Sherry dan lap kan airmata dia. Tapi awal-awal lagi saya dah minta kebenaran isteri saya dan dia okay.

"Isteri saya sebenarnya dia tak kisah pun cuma dia minta kalau saya kena berlakon dengan mana-mana pelakon wanita apatahlagi kalau ada babak babak mesra, dia pesan beritahu dia dulu. Jangan nanti kalau dia dapat tahu dari orang lain.", kata Ajak ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Program-program Terbaik Dari Pakej Indopek dan Majlis Berbuka Puasa, bertempat di Taman Tasik Ampang Hilir, malam tadi.

Bercerita lanjut, Ajak tidak menafikan suakr untuk dia melakonka watak serius. Namun dia puas diberi peluang melakonkan karakter diluar zon selesanya.

"Susah sebenarnya nak bawa watak serius. Tapi ia satu cabran buat saya Tapi saya dapat lakukan atas bantuan pengarah. Michael Ng, walaupun beliau nampak giler-giler tapi bila di set beliau seorang yang sangat komited dan banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

Begitupun kata anak kelahiran Kota Tinggi Johor ini, dai masih lagi mahu menumpukan pada dunia lawa pentasnya dan lakonan drama sekadar sampingan.

"Sesekali diberi peluang bawa watak serius memang beri kepuasan pada saya. Baru saya rasa yang saya betul-betul berlakon. Tapi saya masih suka pada lawak pentas. Lagipun saya akui peminat -peminat saya ramai dikalangan kanak- kanak. Malah berlakon pun sebenarnya merupakan pilihan ketiga saya", ujarnya yang juga akan muncul dalam dua lagi telemovie sempena hari raya nanti di saluran Astro.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.