Latest News

Khir Rahman Redah Bazaar-Bazaar Ramadan Carik Roti Jala




Setiap kali menjelang bulan Ramadan, sepekara yang paling biasa kita semua perkatakan ialah juadah berbuka puasa kegemaran masing-masing. Bagi pelakon dan pengarah Khir Rahman, saat aktu berbuka sering mengingat beliau kepada menu arwah ibunya iaitu roti jala.

Menurut Khir, sejak Ramadan pertama lalu, hampir setiap hari beliau ke bazaar Ramadan untuk mencari roti jala yang rasanya sama seperti buatan ibunya.

"Ini tahun kedua kami sekeluarga berpuasa tanpa ibu. Sepanjang bulan puasa ni saya cari roti jala. Hampir setiap hari saya ke bazaar-bazaar Ramadan nak cari roti jala yang rasanya sama macam arwah ibu saya buat. Sudah merata bazaar saya pergi, tapi sampai hari ini saya tak jumpa lagi.

"Kalau semasa arwah ada dulu, itulah juadah wajib dalam keluarga kami. Kami adik beradik akan berkumpul di rumah abah dan berbuka bersama-sama", kata Khir Rahman ketika ditemui pada majlis tayangan filem terbaru lakonannya, 'Tembus' bertempat die@cure malam tadi.

Khir Rahman adalah anak kepada pasangan penyanyi Pop Yeh Yeh popular sekitar 60-an iaitu Datuk Rahman Hassan dan Datin Azizah Mohamat.

Tahun ini Khir sekeluarga akan beraya di Kuala Lumpur dan pada hari raya ketiga mereka akan berangkat ke Sabah untuk beraya di kampung isteri adiknya.
"Tahun ini kami lebih bersedia beraya tanpa ibu. Seba tahun lalu rasa macam sekejap sangat sebab arwah pergi pada bulan Mei dan kemudian kita semua dah menyambut Aidilfitri. Tapi tahun lepas kami tak fikir pun tentang nak raya sebab masih lagi bersedih.

"Seperti biasa, selepas solat hari raya, kami adik beradik akan menziarahi pusara ibu dan kemudian berkumpul untuk bermaaf-maafan. Masa tu juga kami saling membuat pengakuan apa yang kami buat sepanjang tahun. Kalau katakan kami ada menipu, kami berterus-terang yang kami menipu. Barulah pengertian kosong-kosong itu lebih bermakna.

"Tahun ni hari raya pertama, kedua dan ketiga kami beraya di Kuala Lumpur. Kemudian kami akan ke Sabah, beraya ke rumah kampung isteri adik saya", katanya.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.