Latest News

Lagi Dikecam, Lagi Kami Murah Rezeki - Eira & Azad


Pasangan selebriti Eira Syazira dan suaminya Azad Jazmin tidak berputus asa menjalankan perniagaan online meskipun sebelum ini mereka pernah dikecam hebat oleh segelintir pihak gara-gara mereka memilih bidang perniagaan berkonsepkan networking.

Menurut Eira, kecaman yang dilemparkan kepada dia dan suaminya itu sikit sebanyak dijadikan penyuntik semangat untuk mereka meneruskan kerjaya sampingan mereka itu.

"Sejak beberapa tahun dulu saya sudah menceburi bidang perniagaan online secara samping. Macam-macam jenis bisnes saya buat. Saya rasa saya antara artis pertama yang buat bisnes online sehingga pernah saya dikecam teruk. Ada pihak yang kata saya buat bisnes macam ni nampak yang kami ni sengaja merendahkan status artis dan sebagainya.

"Tapi bagi saya, kecaman itu bagus sebenarnya kerana lagi kami dikecam lagi rezeki kami murah. Alhamdulillah saya rancang nak buka butik tak lama lagi. Sekarang ni pun saya sudah punya bazaar di Mara", kata Eira Syazira ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Astro, bertempat di hotel Royal Chulan, semalam

Berkongsi tentang perkembangan terkini, Eira memberitahu dia dan suaminya kini sibuk mengembangkan perniagaan ‘multi-level marketing’ (MLM), Rania Marketing, yang baru mereka ceburi sejak beberapa bulan lalu.

Kerana mahu menumpukan pada perniagaan tersebut, buat masa ini Eira memperlahankan aktiviti lakonannya. Bagaimanapun selepas Aidilfitri nanti, ibu kepada Amarra Sofea Rose ini akan kembali ke set penggambaran untuk sebuah drama bersiri 26 episod.

"Saya ingin jelaskan disini yang kami tidak tinggalkan bidang lakonan. Kami masih sayangkan kerjaya lakonan kami. Cuma buat sementara waktu ini kami berehat dari berlakon untuk tumpukan pada bisnes.

Sementara itu, Azad yang turut berada di sini Eira ketika sesi temubual pula berkata, perniagaan yang mereka jalankan itu lebih kepada membantu masyarakat Melayu dalam menjana kewangan.

Tambahnya lagi, dia yakin dengan perniagaan ini memandangkan syarikat tersebut adalah sebuah syarikat yang kukuh dan sudah hampir 15 tahun bertapak dalam industri.

"Kita semua sedia maklum, bila orang kita dengar saja tentang MLM mereka terus menunjukkan reaksi kurang minat. Tapi apa yang oleh saya katakan, perniagaan yang kami ceburi ini lebih kepada membantu orang-orang Melayu dalam menjana kewangan. Akan ada satu pelancaran khas memperkenalkan perniagaan ini pada umum sekitar November nanti.

"Lagipun syarikat yang menjalankan perniagaan ini adalah sebuah syarikat berpengaruh dan sudah hampir 15 tahun bertapak dalam dunia perniagaan. Sebab itu saya yakin untuk menyertainya.

"Bayangkan lah, dalam masa dua minggu saja Allhadulillah saya sudah mampu membeli motosikal Ducati Diavel. Dan Eira sekarang ni sedang menunggu pinjamannya diluluskan untuk beli Evo", kata Azad yang sudah berehat dari berlakon sejak Mei lalu.

Lebih menggembirakan Azad, dia telah berjaya meyakinkan 10 selebriti popular tempatan untuk turut sama menyertai perniagaan tersebut antaranya seperti Shaheizy Sam dan Keith Foo.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.