Latest News

Muat Naik Gambar ‘Pray For Gaza’, Selena Gomez Dikecam Peminat

Peperangan di Gaza antara Palestin dan Israel sememangnya menarik perhatian orang ramai termasuklah selebriti antarabangsa. Kalau sebelum ini penyanyi Rihanna telah melahirkan sokongannya dengan menggunakan hashtag #FreePalestine sehingga mendapat kecaman jutaan peminatnya, kali ini tiba giliran Selena Gomez mengalami nasib yang serupa. Menggunakan akaun Instagramnya, Selena menunjukkan tanda simpatinya terhadap apa yang menimpa rakyat Palestin di Gaza.
selena gomez gaza
Tulis Selena Gomez:-
Please pray for those families and babies today. Please always remember what’s important in life. It’s not any of this. We are here to help, inspire and love. Be that change. #wearethenextgeneration
selena gomez gaza
Susulan perkongsian itu, Selena Gomez telah dikecam hebat oleh jutaan peminatnya yang menyokong Israel. Membaca komen-komen yang diterima olehnya pasti membuatkan Selena terasa cuak. Mana tidaknya, ada yang siap ugut bunuh lagi. Namun di dalam gambar seterusnya, Selena menerangkan yang dia tidak menyokong mana-mana pihak cuma mahukan keamanan dan keperimanusiaan sahaja.
And of course to be clear, I am not picking any sides. I am praying for peace and humanity for all!
selena gomez gaza
Apa apa pun Abang Nara salute dengan Selena Gomez yang sedar mengenai isu semasa yang sedang berlaku di Gaza. Semoga akan lebih ramai artis antarabangsa tampil dan membuat perkara yang serupa seperti yang telah dilakukan oleh Selena. Sekurang-kurangnya dapat membuka mata peminat mereka mengenai apa yang sedang terjadi di Gaza. Tak gitu?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.