Latest News

Pengacara Baru Melodi Tak Digemari Penonton?

Pemergian Zizan Razak sebagai pengacara Melodi baru-baru ini menyaksikan tempatnya digantikan oleh Sherry Alhadad dan Zulin Aziz. Jangan tanya Abang Nara siapa mereka berdua ini. Memang Abang Nara tak tahu dan tak kenal. Namun yang pasti gandingan Awal Ashaari dan 2 orang pengacara baru ini telah pun ke udara untuk 2 episod. Nampak gayanya daripada maklum balas yang diberikan secara online, ia adalah satu gandingan yang mengecewakan.
melodi baru
Diakui bukan senang untuk mengacarakan program hiburan nombor 1 Malaysia lebih-lebih lagi jika anda adalah muka baru dalam dunia hiburan. Awal Ashaari sendiri mengakui agak sukar untuk mencari keserasian dengan Sherry dan Zulin. Menariknya komen-komen pedas dan kritikan padu yang diberikan oleh penonton Melodi telah membuatkan Sherry tersinggung. Kata Sherry menerusi Mstar Online:-
Tipulah kalau saya kata tidak kecil hati dengan komen dan kritikan penonton terhadap kami, sehingga saya fikir teruk sangatkah saya mengacara?
Bagilah kami masa dan peluang untuk memperbaiki diri, ini baru tiga minggu kami bersama dan saya yakin lama kelamaan ia akan lebih baik.
Dua episod awal ini sangat mencabar apabila berhadapan situasi yang sangat sensitif, kami perlu jaga percakapan dan tidak boleh terlepas lawak yang tidak kena tempat.
Jadi pada episod MH17 Ahad lalu, kami memang tidak banyak cakap kerana sentiasa fikir apa yang perlu dicakap yang tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak sehingga akhirnya tidak terkeluar apa yang hendak dicakap itu.
Nasib baik Awal banyak pengalaman tentang itu, saya tahu ada yang komen kata kami tidak banyak cakap dan tiada fungsi pada minggu itu.
Kalau boleh saya tidak mahu baca komen mereka sebab ia beri unsur negatif tetapi bila fikir balik, saya kena baca juga untuk saya perbaiki diri menjadi lebih baik.
melodi baru
Secara jujur, Abang Nara akan bagi Sherry dan Zulin peluang sehingga 5 episod untuk melihat sejauh mana keserasian mereka berganding dengan Awal. Sekiranya tiada peningkatan, diharap pihak TV3 akan mula serius berfikir untuk mencari pengganti. Kalau boleh panggil balik Dira Abu Zahar pun bagus jugak. Abang Nara suka melihat gaya Dira mengacarakan Melodi dulu. Apa pula kata anda? Siapakah calon paling sesuai untuk mengacarakan Melodi bersama Awal?______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.