Latest News

Raja Azmi Ingin Pergi Setenang Allahyarham Sharifah Aini

Sesungguhnya pemergian Allahyarham Sharifah Aini memberi impak yang amat besar kepada dunia hiburan tanah air. Beliau telah pergi di bulan yang penuh mulia, meninggalkan seorang anak yang soleh dan amal jariah yang tidak terkira banyaknya yang dirahsiakan ketika Allahyarham masih hidup. MalahAllahyarham sempat meninggalkan beberapa pesanan buat anaknya yang sangat meruntun jiwa sesiapa yang membacanya.
sharifah ainiDaripada pembacaan Abang Nara, mereka yang menghadiri majlis pengkebumian Allahyarham dikatakan dapat menghidu bau yang amat wangi. Semoga ia menjadi petanda bahawa Allahyarham tenang di alam yang satu lagi. Pemergian Allahyarham yang amat mudah telah pun menjadi inspirasi kepada Raja Azmi untuk membuang gambar-gambar lamanya yang tidak menutup aurat di Instagram. Kata Raja Azmi:-
Selepas sembahyang subuh hati saya terdetik untuk membuang gambar-gambar lama yang tidak bertudung, saya rasa gambar-gambar itu tidak sesuai untuk dipertontonkan lagi kepada umum, kalau boleh saya mahu pergi seperti Allahyarham Sharifah Aini.
Saya lihat pemergian Allahyarham Sharifah Aini Ahad lalu sangat tenang dan di dalam keadaan yang dia sudah bersedia untuk menemui tuhan. Allahyarham meninggal dalam bulan Ramadan dan Allah permudahkan segala urusan kematiannya, dia juga bertuah mendapat anak yang soleh.
Alhamdulillah, saya rasa sangat tenang lepas membuang gambar-gambar tersebut, selepas bertudung ini saya banyak mencari apa yang tidak betul lagi dalam diri saya. Saya nampak Allah taala tunjuk satu persatu apa yang patut saya perbaiki bagi menjadi seorang insan yang lebih baik.
Ramadan kali ini saya banyak tolak undangan berbuka puasa sebab tidak mahu tertinggal solat terawih. Bulan ini juga saya mula mengaji semula dan banyak membuat ibadah bagi mendapatkan keberkatan.
raja azmi
Sesungguhnya walaupun telah pergi menemui Allah, Allahyarham Sharifah Aini masih mampu memberikan impak positif kepada orang lain. Terharu Abang Nara. Semoga Allahyarham mendapat pahala yang berterusan atas perubahan yang dilakukan oleh Raja Azmi ini. Kepada Raja Azmi, tahniah juga kerana berubah. Semoga kita semua dihadapkan kepadanya dalam ‘husnul khotimah’. Sama-samalah kita doakan. Info asal Mstar Online.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.