Latest News

Sangsi Dengan Pemberian Wang RM80,000, Umie Aida Tarik Diri Jadi Duta YSLM

Fuh~~ RM80,000 tue. Memang boleh kelabu mata dibuatnya. Namun nasib Umie Aida dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila menerima wang token sebanyak itu daripada syarikat YSLM. Walaupun pada awalnya Umie telah bersetuju untuk menjadi duta kerja amal syarikat tersebut, rasa sangsi mula timbul apabila dirinya diberikan wang RM80,000 ini.
yslm
Nasib baiklah Umie Aida rasa sangsi dan menolak tawaran syarikat YSLM ini. Mana tidaknya, menerusi pendedahan suratkhabar The Star, YSLM ini adalah sebuah syarikat MLM dan skim cepat kaya yang menipu. Setelah kantoi di negara asalnya China, YSLM kini cuba mengorak langkah di Malaysia. Papan iklan yang amat besar telah pun digunakan di Pulau Pinang untuk membuat promosi. Diharap pembaca BeautifulNara juga berhati-hati.
yslm
Terang Umie Aida menerusi portal Murai:-
Setelah dipertemukan dengan pihak YSLM tempoh hari saya bersetuju dengan tawaran mereka menjadi artis naungan syarikat tersebut bagi untuk duta bagi acara amal yang mereka jalankan. Namun pihak kami belum lagi menandatangani sebarang kontrak dan sebagainya.
Tetapi selepas itu pihak YSLM ada memberikan saya wang tunai sebanyak RM80,000 sebagai tanda token yang saya rasakan ia bukanlah seperti mana yang dibincangkan awal. Saya merasa kurang enak dengan pemberian sebanyak itu kerana dari awal lagi kami bersetuju ianya merupakan penglibatan secara amal.
Lanjutan daripada itu, saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan peranan saya sebagai duta dan artis naungan syarikat tersebut, serta turut memulangkan token sebanyak RM 80,000 itu kerana merasakan ianya bukan milik saya.
Sebelum ini memang tiada perbincangan atau memang daripada pihak YSLM untuk memberikan saya sejumlah duit token tetapi kami memang ada bersetuju tentang komitmen yang perlu saya lakukan sebagai duta amal syarikat itu
Namun, semua itu semua berubah bila hadiah pemberian yang berupa wang tunai itu diberikan. Perkara ini menyebabkan saya berasa tidak sedap hati dan memilih untuk tidak bekerjasama langsung dengan syarikat terbabit.
yslm
Memang taktik skim cepat kaya/MLM menggunakan artis agar produk mereka mendapat perhatian dan penyertaan ramai. Kalau artis yang tak kuat iman, memang akan mudah tergoda dengan tawaran wang ringgit. Nasib baik Umie Aida bukan orang yang sebegitu. Duit boleh dicari, tetapi maruah diri dan imej kalau dah tercalar, memang sukar untuk diganti. Tahniah kepada Umie Aida kerana membuat keputusan yang bijak.
Post by DesaKreativ.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.