Latest News

Saya Bukan Punca Populariti Zizan Merudum – Emma Maembong

Kata orang, apabila artis lelaki bujang mengakui sudah mempunyai kekasih dan mengesahkan dirinya sedang dilamun cinta, secara automatik populariti yang dikecapi akan jatuh merudum. Seperti yang semua sedia maklum, Emma Maembong dan Zizan Razak telah pun mengisytiharkan diri mereka sebagai pasangan kekasih dan semenjak itu dilihat populariti Zizan agak jatuh berbanding ketika zaman solo sebelum itu.
zizan emma
Secara jujur Abang Nara tak berapa faham kenapa populariti zizan boleh jatuh selepas mengaku bercinta dengan Emma Maembong. Adakah mentaliti peminat hanya menyokong selebriti lelaki yang ‘single’ sahaja dengan harapan si selebriti akan mengorat mereka? Macam angan-angan Mat Jenin pun ada kan? Apa pun, kesian kat Emma Maembong kerana dituduh menjadi punca kejatuhan Zizan. Namun Emma tak pernah ambil hati dengan tuduhan sebegitu. Kata Emma:-
Biarlah orang hendak tuduh saya macam-macam. Apa yang penting saya bukanlah punca populariti Zizan merudum atau meningkat, semua itu adalah ketentuanNya.
Saya sentiasa percaya hidup manusia ini umpama roda, ada masa kita di atas, ada ketikanya kita berada di bawah.
Emma juga dengan panjang lebarnya turut menjelaskan bahawa dirinya tak ada kaitan langsung dengan persengketaan yang sedang berlaku antara Zizan Razak dan Marina Juki. Terang Emma Maembong:-
Sepanjang mengenali Zizan, saya tidak pernah ambil tahu berapa bayaran beliau peroleh. Saya juga tak ambil tahu jumlah wang dalam akaun syarikatnya. Sebagai majikan, Zizan mungkin tahu tangga bayaran saya, tetapi saya memang tidak ambil tahu soal aliran keluar masuk duit syarikat.
Zizan kekasih saya, tetapi tidak bermakna saya perlu memantau atau menjaga setiap inci perkara membabitkan dirinya. Jika ada yang menuduh saya adalah dalang kepada masalah syarikat Zizan, itu terpulang kepada hak masing-masing.
Saya ingin tahu, apa salah saya sehingga diheret dalam persengketaan mereka? Bernaung di bawah syarikat sama, tidak bermakna saya suka menyibuk atau menjaga tepi kain orang.
Saya mengaku pernah tidak bertegur dengan Marina sebaik pulang dari bercuti di Los Angeles berikutan sedikit salah faham. Tetapi tidaklah sampai ke tahap memaksa Zizan mengikut jejak langkah saya.
Hanya saya yang bermasalah dengan Marina, bukan Zizan. Sepanjang di LA, Zizan dan Marina masih bertegur sapa. Malah mereka turut keluar membeli-belah bersama.
Setahu saya selepas kembali ke Malaysia, mereka masih bertegur sapa. Jadi saya pelik apabila timbul dakwaan mereka sudah tidak bercakap sejak Februari dan kononnya sayalah jadi puncannya.
Jika saya bersalah, tolong kemukakan bukti supaya saya tahu apa salah saya.
emma maembong
Fuh ~~ Panjang lebar sungguh penerangan Emma Maembong. Harap semua orang berpuas hati. Entah-entah yang tukang buat cerita ini cemburu kot Emma dapat kekasih yang hensem, kaya dan macho. Tak pun mungkin jeles sebab Zizan dapat awek secomel dan secun Emma. Ish,ish,ish. Tak payahlah jeles-jeles nie. Jodoh di tanganNya. Siapalah kita untuk dengki kan? Tak gitu? Info asal Berita Harian.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.