Latest News

(TAHNIAH)Ziana Zain Kini Berhijab Sepenuhnya

Alhamdulillah. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan penuh berkat dan hidayah. Seorang lagi selebriti tempatan iaitu penyanyi popular, Ziana Zain telah pun mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya di bulan mulia ini. Sebelum ini Ziana hanya memakai tudung sebagai tanda menghormati bulan Ramadhan. Nampaknya hidayah itu tiba jua. Pasti berkat doa peminat-peminat Ziana Zain.
ziana zain bertudung
Tampil untuk rakaman MeleTOP Raya dengan imej bertudung, Ziana Zain mengakui penampilan itu adalah penampilan terbaru dan terkini buat dirinya. Kata Ziana menerusi portal Murai:-
Ini adalah hadiah yang Allah SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.
Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa.
Tiada pengumuman yang nak dibuat kerana yang penting apa yang dituntut(berhijab) saya telah cuba penuhi bermula dari Ramadan ini dan harapan saya biarlah ia kekal ke akhir hayat. Tiada apa yang lebih bermakna dari apa yang Allah SWT kurniakan kepada saya sekarang, Alhamdulillah.
ziana zain bertudung
Tahniah diucapkan kepada Ziana Zain atas penghijrahan ini. Semoga makin murah rezeki, tenang hidup dan makin diberkati. Pasti ramai yang terharu dengan perubahan diva kesayangan ramai ini. Semoga terus istiqamah. Tahniah Zaian Zain!!!
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.