Latest News

Yana Samsudin Keluar M.I.G Nak Berdikari Katanya




Hampir 11 tahun bernaung di bawah syarikat pengurusan MIG Talent, akhirnya pelakon utama Bini Biniku Gangster, Yana Samsudin memilih untuk bergerak sendiri, Februari lalu.

Memikirkan kembali keputusan diambil, tentu ia merugikan memandangkan sebelum ini banyak perkara diperoleh Yana hari ini sebagai pelakon datangnya dari MIG Pictures, termasuk mencipta populariti dan menang anugerah. 
Dia juga tidak perlu menyusahkan diri mencari kerja seperti harus dilakukan sekarang dan filem diatur untuk Yana bintangi. 

Begitupun, sewaktu ditemui di majlis pertunjukan fesyen rekaan terbaru Bianco Mimosa khas Aidilfitri, Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin menjelaskan, dia senang dengan situasi sekarang dan kerjaya seninya berjalan seperti biasa.

Ada yang berpendapat, Yana mengambil keputusan meninggalkan MIG kerana syarat ditetapkan pengurusan syarikat pengeluar filem itu yang tidak membenarkan artis naungannya bercinta.


Hubungan akrab yang terjalin antara pelakon berasal dari Yong Peng, Johor itu dengan adik Farid Kamil, Fadzil Zahari, bukan lagi rahsia. Malah, kedua-duanya tidak pernah berselindung apabila ditanya soal hati dan perasaan. 

Menjelaskan perkara itu, Yana menafikannya, sebaliknya menegaskan, keputusan meninggalkan MIG diambil kerana berasakan kariernya semakin stabil dan tiba masanya untuk berdikari. 

“Kalau hendak kata syarat tidak boleh mempunyai teman lelaki dan berkahwin menjadi punca, rasanya perkara itu tidak timbul kerana MIG tidak pernah menghalang saya berkawan rapat atau bercinta. 

“Ada pelakon berada di bawah pengurusan MIG pernah juga menimbulkan perkara terbabit sebelum ini. Tanya mereka mengapa saya boleh berkawan dan bercinta tetapi mereka tidak dibenarkan. 

“Mengikut penjelasan pihak pengurusan, saya sudah lama dalam industri dan kedudukan kukuh,” katanya. 

Kata Yana, perkara mengenai teman lelaki dan berkahwin tidak pernah menjadi masalah kepadanya. Malah, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo selalu bertanya kepadanya bila mahu berkahwin memandangkan usianya kini mencecah 30 tahun. 

“David juga tidak melarang saya bercinta dan berkahwin kerana berasakan tiba masanya saya mengambil keputusan itu. Cuma, katanya, apa juga yang terjadi, saya perlu maklumkan perkara itu terlebih dulu kepada pihak pengurusan,” katanya. 

Kata Yana, walaupun tidak lagi bernaung di bawah MIG, dia masih terbabit dengan beberapa filem mahupun drama terbitan produksi itu. 

Ibaratnya, kerjasama yang terjalin sebelum ini tidak banyak berubah walaupun dia tidak lagi menyambung kontrak untuk bernaung di bawah pengurusan MIG. 

Kata Yana, sewaktu bernaung di bawah MIG, dia tidak berpeluang membabitkan diri dalam produksi luar kerana jadual penuh dengan penggambaran untuk MIG. 

“MIG Talent memang sangat bagus dan saya tidak perlu risau me-ngenai tawaran kerja untuk berlakon filem mahupun drama. 

“Apabila tidak lagi bernaung di bawah pengurusan mereka, memang terasa bezanya apabila semua jadual terpaksa diuruskan sendiri, termasuk tawaran yang datang. 

“Dari sudut itu memang saya terpaksa kerja lebih, tetapi pada saya itu satu pengalaman dan saya boleh belajar. Kalau duduk di bawah pe-ngurusan MIG dan segala-galanya diuruskan, bimbang nanti sampai bila-bila saya tidak akan belajar bagaimana hendak menguruskan kerjaya sendiri,” katanya. 

Namun begitu, kata Yana, dia dapat membiasakan diri dan perjalanan kerjayanya dalam tempoh lima bulan ini berjalan lancar. Tawaran juga tidak berkurang, lebih penting dia dapat menimba pengalaman dari ramai pihak de-ngan cara kerja berbeza. 

Mengenai usia, cinta dan kahwin, kata Yana tanpa berselindung, dalam usia mencecah 30 tahun, tiba masanya dia memikirkan soal itu. 

Namun sebagai manusia, dia hanya mampu merancang dan Allah menentukan. Apatah lagi soal bernikah turut bergantung kepada lelaki.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.