Latest News

Ziana Zain Pakai Hijab Demi Hormati Bulan Ramadhan

Sesungguhnya Abang Nara antara ribuan peminat yang teruja apabila Ziana Zain berkongsi gambar dirinya memakai tudung di Instagram baru-baru ini. Pelbagai persoalan menerjah minda. Adakah kak Ziana akhirnya sudah berhijrah dan akan bertudung sepenuhnya? Adakah barakah Ramadhan membuatkan kak Ziana mendapat hidayah untuk menutup aurat sepenuhnya?
ziana zain berhijrah
Cantik kan bila Ziana Zain bertudung? Nampak makin berseri-seri. Tidak mahu peminatnya tertanya-tanya, Ziana Zain tampil menerusi portal Murai menerangkan tentang imejnya di dalam gambar tersebut. Rupa-rupanya sudah menjadi kebiasaan untuk Ziana Zain memakai tudung di bulan Ramadhan ketika menghantar anak-anaknya ke sekolah. Kata Ziana Zain:-
Inilah pesanan (pakai tudung di bulan Ramadhan) yang sering diterapkan oleh ibu saya Puan Robiah atau Mak Jah. Pakailah hijab demi menghormati bulan Ramadan.
ziana zain
Sebelum ini, Ziana Zain pernah dinasihati oleh anaknya sendiri mengenai pemakaian tudung ini. Nampak gayanya masih belum sampai seru lagi buat penyanyi popular ini. Sama-samalah kita doakan. Insya Allah doa di bulan Ramadhan ini makbul. Abang Nara percaya ramai peminat Ziana Zain yang tak sabar menunggu hari penghijrahan penyanyi bersuara lantang ini. Tak gitu?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.